CARA PUJUK ISTERI MERAJUK





Haa , kisah isteri merajuk pula ye. Ni pun masih dalam terminologi “lifestyle” kan. Asam garam rumah tanga biasalah , sedang lidah lagi kan tergigit , inikan pula rumah tangga yang lebih besar dari lidah itu. Bukan semudah abc nak menakhodai bahtera. Perlu lengkap dengan segala perisai terutamanya suami. Nak berumah tangga pun perlu menuntut ilmu juga. Kalau manis sepanjang-panjang masa , tak ada la cabaran pula dan akan kurang lah rasa terbelajar dari pengalaman. Pengalaman kan guru terbaik. Tak gitu? Sayyidatina ‘Aishah pun merajuk dengan Baginda

Pujuk-pujuk sang ratu bagi suami ni bukan boleh dibuat-buat. Bukan boleh ditiru-tiru dari drama. Ia lahir dari pengalaman sendiri atau orang sekeliling yang terdekat. TV tu boleh je tengok , tapi tengok hujung-hujung mata sudah la. Nama pun drama , watak-watak tengku-tengku ,korporat, kerabat-kerabat , hartawan kereta mewah , senematografi luar negara semua tu kadang-kadang tak menggambarkan pun senario sebenar orang kita. Hakikatnya masih ramai lagi gelandangan dan fakir miskin di sekeliling kita semua
KALAU TAK BANYAK PUN , SEDIKIT MESTI ADA
Wanita lumrah dan fitrahnya ada sifat cepat merajuk. Tak banyak pun , sedikit mesti ada. Lelaki pun merajuk , tapi lelaki ditambah dengan sedikit ego, ego yang kalau tak banyak pun , sedikit mesti ada. Sebenarnya , si isteri minta perhatian , zahirnya merajuk dan emosi dengan suami , tapi ruhi jiwanya meronta-ronta berkata “pujuklah aku, pujuklah aku”. Kadang-kadang hal remeh pun nak merajuk. Dia nak tengok usaha suami sejauh mana bersungguh. Kalau suami pula buat-buat tak faham , atau buat tak peduli saja , atau turut sama merajuk , alamatnya rosak lah perhubungan. Rosak ,kalau tak banyak pun , sedikit

BAGAIMANA CARA PUJUK ISTERI MERAJUK

1 – PENGHARGAAN – BUNGA
Beli bunga hidup tau, bukan plastik. Ala klise laa, bunga jer kan. Macam dalam drama korporat juga. Tapi ini bunga bukan sebarang bunga. Romantik la sikit. Walaupun akhirnya ada sedikit kerugian (sebab bunga akan kering , layu dan mati) .  Kalau dah selalu bagi sejambak bunga depan mata, kali ni time dia merajuk ,  ubah sikit skill bagi bunga, cabut kelopak-kelopak bunga tu dan tabur di bawah cadar atau masukkan dalam sarung bantal. In sya Allah , reda dan sejuk la hendaknya rajuk si isteri tu
Tidak terikat dengan bunga sahaja. Bermacam-macam bentuk penghargaan atau pemberian yang boleh di buat. Kalau dia suka coklat , beri coklat. Kalau suka kain batik , beli kain batik. Kalau dia suka kucing , ha beli kucing. Kalau kucing berak merata , suami basuh , baru gentlemen.
2- SENTUHAN, PUJIAN , UCAPAN DAN JANJI
Sentuh-sentuhan ni bukan bermaksud sentuhan “itu” sahaja. Pegang erat tangan , bisik di telinga . Ingatkan dia Tuhan, zikir dan solawatkan. Ucapkan dia sayangmu , hembuskan dia kasihmu. Ucapan luhur dari hatimu. Singkirkan saja dalam longkang akan egomu yang melampau itu. Geletek , urut kaki , picit hidung dia, tidur atas ribanya. Tak cukup lagi dengan ucapan bibir, tulis lah kad atau nota.
3 – MENGALAH ITU PERIT , TAPI BERBALOI UNTUK ORANG YANG DISAYANGI
Tak luntur kejantanan pun jika dahulukan kemaafan. Tulis maaf , luahkan kata cinta , cinta tak bersyarat , cinta sepenuh-penuh hati , janji dengan dia kesetiaan , janjikan dia tidak akan pernah buat dia menangis lagi, Jika kamu ingkar , kamu kena bertaubat!
4-POHON RESTU TUHAN , BACK TO BASIC
Tak sempurna rumah tanggamu jika tiada pertolongan Tuhan. Selepas geletek , ajak lah solat berjemaah. Kalau tak solat fardhu , solat sunat boleh saja. Minta sungguh-sungguh petunjuk Allah. Yang Maha membolak balikkan hati . Yang Menyemarakkan rasa cinta itu. Yang Menghantar rasa kasih dan rindu
Bentengkan diri dari gangguan syaitan durjana. Amalkan doa-doa pelembut hati , penenang jiwa.
Antara ayat Alquran yang boleh di amalkan untuk cinta sentiasa tersemarakkan ialah surah Yusuf , ayat 4 :yusuf04
5- PERLIHATKAN KEMATANGAN, JANGAN GOPOH
Lelaki harus lebih sabar, tenang dan matang dalam tindakan. Fikir dengan waras segala tindakan. Jika tengah marah sekalipun , ambil masa untuk bertenang. Itu hanya syaitan dan nafsumu sahaja. Kalau dilayan dan diteruskan amarahu , kelak kamu sendiri akan dihantui beribu sesalan
6 – RINGAN TULANG
Tugas isteri sebenar hanya perlu mempersiapkan diri untuk suami. Basuh berak anak , masak , cuci pinggan , basuh, jemur, lipat dan susun pakaian , kemas rumah segala tu tugas suami yang asal. Sebab itulah , dalam Islam , jika isteri yang buat kerja , isteri layak minta upah. Upah lain , nafkah lain ye. Kau rasa gaji pembantu rumah sekarang berapa? Kau mampu ke nak bagi isteri lebih dari upah pembantu rumah? Kau penat , isteri pun penat. Kalau begitu , bertolak ansur saja la , lapang dada , kalau dia membebel sikit-sikit tu , layankan saja. Pasang telinga sambil baca surat khabar. Jom rajin-rajinkan diri basuh pinggan , kerap-kerapkan diri basuh berak anak , basuh baju , sapu sampah segala. Ni tugas suami!
7 – DUA INSAN BERCINTA
Perbaharui bulan madu. Kalau ada anak , minta tolong saudara mara yang rapat dan dipercayai untuk menjaganya. Ye, luangkanlah masa berdua, ambil cuti, pergi la keluar melihat alam yang membiru dan menghijau ini. Kembalikan semangat cinta yang mungkin pudar itu. Pilih saja tempat berbulan madu mengikut kemampuanmu. Tak semestinya tempat mewah-mewah dan eksklusif. Mungkin boleh saja bercamping dekat air terjun. Bahagia itu kan , kita yang pilih
8 – ULANG SEMULA PERBUATANMU
Ingat kembali saat-saat kamu bersungguh-sungguh meyakinkan dia dan keluarganya untuk memperisterikan dia? Saat kamu sungguh-sungguh istikharah dan bertawakkal sepenuh pergantunganmu kepada Allah agar dia jodohmu? Buatlah semula. Jika berutus surat , tulis lah surat untuk dia , jika usahamu dulu kerap menelefon , telefon la dia selalu. Kalau tak mampu bercakap , whatsapp kan ada. Buat semua perkara yang kamu anggap so sweet suatu masa dulu sebelum berkahwin dengan dia.
by:bahejabella



« (Previous News)