Sumbangan daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) itu berupa wang tunai, barangan makanan dan baju raya itu disampaikan kepada penerima terpilih dari sekitar Bagan Serai terdiri daripada 100 anak yatim, 50 penerima OKU, 100 ibu tunggal serta warga emas dan 100 penerima fakir miskin.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah YASH, Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

Ketika berucap, Norazam Shah berkata, majlis yang diadakan hari ini merupakan yang terakhir dalam bulan Ramadan tahun ini.

“Bermula 18 Jun lepas di negeri Kedah, Yayasan telah mengurniakan sumbangan di tiga tempat di Alor Setar iaitu di TH Hotel, Grand Alora Hotel dan Royal Kedah Club yang melibatkan lebih 1,000 anak-anak yatim,” katanya.

Norazam Shah berkata, majlis itu merupakan cerminan nilai kelembutan tuanku yang senantiasa peka dengan perkembangan semasa berkaitan kehidupan masyarakat yang memerlukan.

“Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa amat memerlukan bantuan pendidikan bagi membimbing mereka supaya menjadi insan yang beriman, berilmu dan berguna kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. – BERNAMA