Kids Brilliant Set Shaklee Vitamin untuk Kecerdasan Minda Anak Anda

Bagaimana untuk lahirkan anak yang pintar?
Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan bahawa cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi kerana tanpa nutrisi yang baik perkembangan minda dan kesihatan anak akan terganggu. Pengambilan nutrisi yang lengkap sangat penting supaya anak kita dapat membesar dengan sihat dan ceria. Anak-anak yang kurang jatuh sakit pastinya mampu belajar dengan fokus dan otak mereka dapat menyerap lebih banyak maklumat yang diajar oleh guru di sekolah.
Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

set anak pintar shaklee
Multivitamin / Meal Shakes
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.
Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.
Omega-3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak “baik” yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh : meningkatkan keupayaan belajar
  • kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah,
  • meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
  • meningkatkan perhubungan antara sel otak
  • menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif
  • membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.
Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.
Protein
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.
set pintar
Shaklee Brilliant for Kids Set
Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.
Set ini terdiri daripada:
  1. Chewable Vita-C Plus 100mg – Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semula jadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C-nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.
  2. OmegaGuard – Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal
  3. Lecithin – Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh.
  4. Meal Shakes – Sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral sebagai nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
Cara Makan:
Jadual makan vitamin adalah eksklusif untuk pelanggan kami sahaja. Cara makan yang tepat sangat penting dan ia akan mempengaruhi tahap keberkesanan sesuatu vitamin.
Lagi awal anda mulakan pemakanan tambahan untuk anak-anak, lagi cepat kesan positif yang akan anda nampak. Jadi, janganlah berlengah lagi. Jika ada anak anda yang akan menghadapi peperiksaan besar di hujung tahun, pastikan anda membekalkan suplemen dari awal tahun lagi. Persediaan awal mampu mengubah hidup dan masa depan anak anda.