18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina (Mint)





Nak Dapatkan Pokok Daun Pudina? Tak Mahalpun!

Hubungi Kami Sekarang!

** Hubungi kami untuk harga borong semasa untuk anak pokok. Harga bergantung kepada saiz pokok, dan stok adalah terhad

Daun pudina atau mint merupakan salah satu daun yang dikonsumsi di berbagai makanan. Pudina banyak digunakan sebagai ulam dalam laksa, pewangi untuk nasi briyani, juga sebagai ulam dengan sambal. Daun pudina juga boleh dimasukkan sekali dalam air sirap kerana aromanya yang cukup harum. Rasanya yang unik dan aneh memiliki banyak manfaat dan juga keuntungannya. Daun mint umumnya diolah sebagai tambahan pasta, atau bahkan ekstraknya ditambah pada minuman sehingga rasanya segar. Tak jarang dicampurkan pada smoothies. Lalu apa saja manfaat yang bisa didapatkan ?

Pudina dikatakan berkhasiat untuk penawar lelah dan batuk. (Caranya,  bersihkan 14 helai daun pudina dan ramas sedikit.  Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air 3/4 penuh. Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air 3/4 penuh. Masukkan gula batu. Masukkan cawan tersebut ke dalam periuk nasi letrik (nasi sedang mendidih dan bila cawan dimasukkan ia tidak tenggelam. Bila nasi sudah masak (air dah kering) keluarkan cawan dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pudina dan minumlah air tersebut 3 hari berturut turut.

Pokok Pudina Untuk Dijual

1 polybag / pasu: RM 12.90++ (mengikut saiz pokok)

#Harga borong

> 50 polybags – RM10.00

> 250 polybags – RM8.00

** hubungi kami untuk membeli anak pokok pudina. stok terhad. 

Perubatan cina menyebut pudina sebagai mempunyai ciri menyejukkan badan dan biasa digunakan untuk mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti demam selsema serta permulaan selsema, juga sesuai untuk membuang angin (juga gastrik. Caranya buatkan teh ‘O’ macam biasa, masukkan beberapa helai daun pudina, tutup cawan, selepas sekitar 5 minit, minum.) serta penyakit ruam kulit (juga jerawat. Caranya: buat jus pekat daun pudina, jadikan masker, untuk menjadikan kulit muka halus dan boleh atasi masalah gatal-gatal dan jerawat), juga untuk menghilangkan rasa mual dan sakit kepala (sapukan minyak yang dicampur daun pudina atau guna daun pudina segar dan hidu baunya), membantu mengubat kanser (enzim pada daun ini dikatakan dapat membantu melawan sel kanser dari terus merebak).  Wallhualam!

18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina
  1. Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
  2. Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
  3. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
  4. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
  5. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
  6. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
  7. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  8.  Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
  9. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  10. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
  11. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
  12. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
  13. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
  14. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
  15. Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
  16. Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
  17. Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
  18. Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

Nak Dapatkan Pokok Daun Pudina? Tak Mahalpun!

Hubungi Kami Sekarang!

** Hubungi kami untuk harga borong semasa untuk anak pokok. Harga bergantung kepada saiz pokok, dan stok adalah terhad

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!