Anak Pokok Limau Kasturi





1 polybag / pasu: RM12.90++ (mengikut saiz pokok)

#Harga borong

> 50 polybags – RM9.90

> 250 polybags – RM7.90

> 500 polybags – RM6.00

Saya dapati penanaman limau merupakan antara projek pertanian yang agak mudah diuruskan berbanding dengan sayur-sayuran seperti sawi, bayam, terung dan sebagainya. Pokok-pokok limau tidak memerlukan penjagaan yang begitu rumit. Apa yang penting kita perlu menumpukan sedikit perhatian semasa proses penanaman di peringkat awal.

Mengapa limau kasturi

i Ia mengeluarkan buah pada tahun ke dua ( pada peringkat ini buahnya sedikit. Cuma dalam masa 4 tahun ia berbuah banyak.
ii Pokok limau kasturi boleh bertahan selama 12 tahun.
iii Kos penjagaannya adalah tidak tinggi berbanding dengan tanaman lain.
iv Hasil hiliran limau kasturi boleh dipelbagaikan seperti jus limau, pekasam, jeruk, herba, spa, wangian dan sebagainya.
v Jika anda menjualkannya secara sendiri dan tidak melalui orang tengah hasilnya amat menggalakkan sekali.

Apakah kos penanaman seekar limau kasturi?

1. Kos pembersihan tanah dan membajak = >< RM800
2. Kos benih untuk seekar limau kasturi = Jarak penanaman 12×12 kaki = sebanyak 600 btg pokok.
3. Benih = RM3 sebatang. Oleh itu kos keseluruhan benih = RM 1800
4. Kos tenaga kerja menanam = RM200 (2 pekerja x 2 hari)
5. Kos baja = RM400 utk pertama kali
6. Kos Racun = RM 480 untuk setahun
Kesimpulan.
Walaubagaimana pun kita memerlukan ketahanan yang lebih dari segi kewangan kerana pokok limau kasturi hanya mengeluarkan hasil yang mencukupi untuk jualan setelah sekurang-kurangnya setahun setengah di tanam.

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!