Daun Kapal Terbang





Daun Kapal Terbang Kering Untuk Dijual

  • 1 balang (50 gram ++) = RM 17
  • 3 balang = RM39 + FREE Postage!

Khasiat Daun Kapal Terbang

Pokok kapal terbang didapati hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja. Jom tengok apa yang orang-orang tua biasanya guna dengan pokok daun kapal terbang ni…

1. Daun kapal terbang dijadikan ubat luka kerana daun kapal terbang boleh menghentikan pendarahan. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka tu.

Ada yang saya baca pengalaman orang..

Budak-budak lelaki kan suka main bola sepak kat padang…main pulak kalau tak luka berdarah memang tak sah… jadi cara cepat utk ubat luka darah tu mereka akan ambil daun pokok ni, yang hidup subur di tepi-tepi padang, ramas2 daunnya dan letak pada tempat luka. Sekejap je, darah akan berhenti.

2. Ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Caranya daun kapal terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut

3. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan

4. Ibu-ibu yang lepas bersalin guna untuk bertunku. Daun kapal terbang ini juga boleh dijadikan sebagai herba mandian atau herba wap.

5. Mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak

Untuk pengetahuan semua dah ada para saintis dan ahli bioteknologi yang guna pokok ni untuk tujuan produk kosmetik.

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!