Khasiat Pokok Semalu





Pokok Semalu (Mimosa pudica L.) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat: daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosa pudicaadalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil, tetapi kini adalah rumpai tropika raya.

Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih.

Cara terbaik bagi menghapuskan Semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.

KHASIAT POKOK SEMALU

Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.
Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi.
Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah ‘makan air’ pada kaki dan tangan. Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut,
Sumber daripada Pangkin Nenek
Kedua:
Pokok Semalu mampu untuk menghapuskan lemak/kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol.
Sumber daripada uttervin4u
Ketiga:
Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak. Biarkan sejuk sedikit sehinggalah agak-agak boleh dimasukkan tangan atau kaki di dalam air rebusan itu (masukkan air itu ke dalam besen atau baldi terlebih dahulu).Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat ‘makan air’ atau istilah saintifiknya Athlete’s foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki.
Sumber daripada Greenfingers
Keempat:
Pokok semalu mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing.
Sumber daripada Forrest Dweller

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!