Pokok Limau Purut





Khasiat Limau Purut

Khasiat Limau Purut yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti

• antikanser
• Citrus hystrix
• melancarkan sistem pernafasan,
• Menghilangkan bau badan
• merawat resdung.

Anak Pokok Limau Purut Untuk Dijual

1 polybag / pasu: RM17.90 ++ (mengikut saiz pokok)

#Harga borong

> 50 polybags – RM13.50

> 250 polybags – RM11.00

Info tentang Khasiat Limau Purut ini kami masukkan dalam kategori : Buah, Ubat

Daun limau purut lazimnya digunakan di dalam masakan Melayu seperti tom yam, laksa, bahan perisa dalam kuah sate, sate, perisa daging goreng dan pelbagai jenis masakan lagi kerana baunya dikatakan paling unik. Selain itu, daun limau purut juga digunakan sebagai herba yang turut digunakan dalam kaedah mandi wap. Malah, mungkin ramai yang tidak pernah mendengar, daun limau purut juga boleh dijadikan ulam mentah. Semakin tua daunnya itu semakin banyak kandungan zatnya walaupun dianggap keras tetapi boleh dikunyah dengan agak baik.

Daun limau purut selain menjadi penawar penyakit, ia berkhasiat kepada kesihatan manusia. Apabila anda memakannya sebagai ulam mentah dapat merawat resdung, masalah sering bersin, selsema, masalah pernafasan (hidung tersumbat) selain dapat merawat masalah buasir, kencing tidak lawas dan masalah buang air besar.

Daun limau purut juga bertindak dalam mencegah penyakit kanser dan merupakan tumbuh-tumbuhan terbaik pernah digunakan untuk mencuci rambut, mulut dan melicinkan kulit. Daun limau purut juga dapat merawat luka, lebam, gigitan serangga, dapat membunuh pacat serta merangsang perjalanan darah.

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!