Pokok Pinang Raja





* * sila hubungi kami untuk membeli anak pokok dengan harga murah. stok adalah terhad.

ADA pemilik rumah gemar menanam pokok kekal sebagai hiasan taman. Pokok pinang yang memiliki batang berwarna kuning, oren dan hijau adalah antara yang menjadi pilihan untuk ditanam di tepi pintu pagar atau di lorong masuk ke rumah, chalet atau hotel. Pinang raja, misalnya adalah salah satu pokok berumpun yang paling diminati kerana kombinasi warna batang dan pelepahnya. Tingginya mencapai lima meter dengan daun berukuran satu hingga dua meter boleh didapati secara meliar di kawasan hutan berpaya gambut di negara ini.

Ramai yang menanamnya di halaman rumah. Jika kawasan tidak luas, cukup sekadar menanam dua pokok di kiri dan kanan pintu pagar, tetapi jika ada ruang yang lebih luas, pokok itu boleh ditanam berbaris.

Ia juga dikenali sebagai pokok Sealing Wax Palm dari keluarga Areceace yang mempunyai mayang bercabang dengan sulur merah. Buah hijau pada peringkat awal berubah menjadi hitam apabila masak turut menarik pandangan.

WhatsApp Kami Di +60 11-6077 9116 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!