Apa itu penyakit gout ?
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.
Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
- Mula-mula didihkan air dalam 3 liter.
- Basuh betik hijau yang sederhana saiznya. Potong dan buangkan bijinya.
- Potong dalam bentuk kiub kecil masukkan dalam air dan didihkan.
- Kemudian bubuh daun teh oolong atau teh hijau.
Cara ini sangat efektif untuk merawat gout/asid urik.Minum selalu akan mengurangkan kesakitan gout yang dialami.
Penting, kulit betik adalah termasuk sekali (jangan dibuang).
- Dos: Minum secara kerap. 3-4 gelas sehari.
Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang. Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.
Apabila sipmtom berjaya dikurangkan, minum sekali seminggu sahaja untuk kekalkan keadaan alkali dalam badan.
Ada beberapa lagi cara tradisional mengubat gout.
1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.
2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.
3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
4) betik muda dan green tea. Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi di dalam betik itu di keluarkan. Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang. Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.
Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambila pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.
6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).