7 Pemakanan Yang Khasiat Dan Awet Muda Yang Boleh Di Cuba Di Rumah.
Tak payah beli produk kosmetik dan ubat-ubatan mahal pun sebenarnya…
Semua wanita ingin wajah yang cantik dan muda sampai bila-bila. Kalau boleh nak cari apa petua atau rahsia awet muda. Demi wajah awet muda, ramai wanita rela menghabiskan banyak wang untuk membeli krim dan ubat-ubat mahal tanpa mengetahui tentang rahsia makanan awet muda.
Persoalannya, adakah krim dan ubat-ubat ini selamat? Tanpa disedari, kita sebenarnya sudah ada beberapa makanan awet muda pun dalam rumah kita! Baik kita guna 7 makanan ini saja:
1-Avokado
Avokado mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang sangat berkesan, tak kisahlah sama ada anda makan buah ataupun minyaknya.
avokado adalah sumber vitamin E yang baik, dan vitmain E ini amat baik untuk kulit.
digunakan untuk merawat kesan parut, kandungan lemak di dalam akovado boleh menjadikan kulit anda licin, lembap, dan lembut. Inilah buah rahsia awet muda yang kita perlukan!
2-Buah tomato
Buah tomato sangat tinggi dengan vitamin C, vitamin yang membantu menghasilkan kolagen. Kolagen membantu kulit anda untuk kelihatan tegang
Lycopene di dalam tomato juga boleh menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari dan membantu sistem peredaran darah anda.
3- Oat
Karbohidrat kompleks seperti oat mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini bermaksud apabila anda memakan oat, ia tidak akan menaikkan gula dalam darah anda atau menyebabkan jerawat dan kedut, kata ahli dermatologi Dr. Debra Jaliman
Oat juga boleh menghalang kerosakan kulit dan membantu melegakan kulit yang radang. Jadi, amalkan makanan awet muda ini untuk rahsia kecantikan kulit dan penjagaan kesihatan, sekaligus!
4- Sayur bayam
Menurut laporan Fitness Magazine, bayam adalah sumber beta-carotene serta lutein yang baik.
Kedua-dua ini membantu kulit untuk kekal tegang. Sayur bayam juga ada phytonutrients yang boleh melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh matahari.
5: Salmon
Ikan dengan kandungan lemak omega-3 yang tinggi seperti salmon ataupun ikan sardin akan memastikan hati dan sistem saraf anda dalam keadaan yang sihat
Lemak Omega-3 juga akan memberi anda rambut dan kulit yang sihat. Jadi, jom sushi king!
6: Coklat pahit
Bukan coklat biasa ya, tetapi coklat pahit.
Makanlah coklat pahit dengan kandungan koko sekurang-kurangnya 70% kerana ia sebenarnya baik untuk anda!
Menurut Marie Claire, coklat pahit kaya dengan protein dan vitamin B. Coklat pahit boleh meningkatkan kesihatan kulit, rambut dan boleh membantu anda untuk membakar lemak! Percaya tak?!
7: Terung
Terung mendapat warnanya dari nasunin sejenis antioksidan, yang juga datang dengan unsur-unsur anti-penuaan
Memiliki Anak Yang Comel Dan Pintar
Lalu ramai yang tertanya-tanya macam mana nak dapat bayi yang berkulit putih atau setidak-tidaknya berkulit bersih ketika lahir dan dalam masa yang sama pintar?
Sebenarnya orang-orang tua sudah ada petua yang diamalkan sejak turun temurun untuk memastikan bayi yang lahir sihat walafiat, berkulit putih bersih dan pintar ini.
Berikut ialah makanan yang yang boleh diamalkan oleh ibu yang sedang hamil yang bagi untuk bayi yang bakal lahir ke dunia kelak
Sayuran hijau sebenarnya bagus bagi melindungi rahim dan plasenta. Zat yang terkandung didalamnya secara semulajadi dapat menolong sistem pencernaan ibu hamil, membersihkan air ketuban, dan kulit bayi yang dikandungi
1-Brokoli
Sayur jenis krusifer memang banyak khasiatnya, brokoli adalah sumber besi yang kaya.
Sayuran ini juga kaya nutrien penting lain seperti magnesium, vitamin A dan C.
Vitamin & mineral dalam sayur ini sangat baik untuk imunisasi ibu mengandung. Jika badan kita kurang kuat kerana kurang zat, penyakit & jangkitan kuman pun mudah menyerang. Contohnya keputihan & kencing kotor.
2-Air Kelapa
air kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi bersih, di India pula, isi kelapa yang sudah cukup tua dan keras yang menjadi snek untuk ibu hamil. Mereka yakin, isi kelapa yang tebal dan berwarna putih tersebut dapat membuatkan kulit bayi menjadi lebih terang
3-Kacang Hijau
Mengambil bubur kacang hijau atau air rebusannya dikatakan dapat menjernihkan air ketuban dan mencerahkan kulit bayi sejak dalam kandungan. Malah ada yang percaya dengan memakan kacang hijau juga akan membuatkan bayi yang dikandungi akan mempunyai otak yang cerdas.
4-Air Masak / Mineral
Air masak berguna dalam sistem penyucian dan penjernihan air ketuban di ketika kehamilan. Supaya kulit bayi putih bersih, ibu mengandung perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Kalau lebih banyak dari 8 gelas sehari sebenarnya lebih baik. Jadi sediakan botol air masak untuk di bawa kemana-mana untuk memudahkan para ibu sekalian meminumnya.