Berbekam banyak faedahnya antaranya:
1. Mengurangkan Kesakitan
Kaedah bekam mempunyai kesan yang sama dengan kaedah urut badan yang bermanfaat untuk melegakan kesakitan otot pada badan. Selain itu berbekam dapat melembutkan tisu otot dan membantu melegakan otot-otot yang
2. Melancarkan peredaran darah.
Antara lain kebaikan bekam darah adalah melancarkan peredaran darah. berbekam mampu mengeluarkan darah kotor dan toksin dan penyumbatan pada salur darah.
3. Menghilangkan Sakit Kepala.
Sekiranya mengalami sakit kepala atau migrain, kaedah berbekam mampu menghilangkan sakit tersebut dengan kaedah berbekam di bahagian kepala.
4. Menyembuhkah Penyakit Kronik
Berbekam mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, menghalang penyimpitan pembuluh darah dan banyak lagi.
5. Meringankan badan.
Kaedah berbekam mampu meringankan badan. dengan mengeluarkan darah-darah kotor terutamanya bahagian belakang tubuh, badan akan rasa segar dan ringan setelah berbekam.
6. Mengatasi Racun
Contohnya terkena gigitan haiwan berbisa, kaedah berbekam boleh digunakan semantara mendapatkan rawatan antidot di hospital. Dengan kaedah berbekam dapat menghalang bisa racun daripada binatang tersebut untuk masuk ke jantung.
7. Membuang Angin Badan.
Angin dalam badan akan hilang dengan berbekam. Apabila seseorang berbekam iaitu dengan menggunakan bekam darah atau bekam kering, angin dalam badan akan keluar. Selain itu mampu melancarkan sistem perkumuhan dan sistem pernafasan.
8. Kesihatan Mata
Kaedah bekam mampu menajamkan penglihatan dengan melancarkan peredaran darah sekitar kawasan mata. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur
9. Menyihatkan Tubuh.
Metabolisma badan akan meningkat disebabkan sel darah kotor akan keluar dan sel-sel darah yang baru akan terhasil seterusnya badan akan menjadi sihat.
10. Gangguan Makhluk Halus
Selain kebaikan bekam darah pada fizikal, berbekam juga mampu membuang anasir gangguan-gangguan makhluk halus yang tinggal di dalam darah dan menggangu aliran darah.
Antara Orang-orang berpengaruh atau ahli sukan yang terkenal mengamalkan kaedah Bekam dan percaya kepada manfaat serta kebaikan bekam darah