Jus pembersih tubuh
Manfaat utama daripada jus ini adalah menjaga sistem imunasiasi badan, selain mencegah selesema dan menjadikan kulit bersinar. Jus ini juga sangat baik manfaatnya untuk kesihatan kulit. Selain itu, ia juga memberikan kesan pembersihan pada seluruh tubuh. JUga kaya dengan vitamin C, sangat bagus untuk luka dan kulit.
Bahan: Epal, Oren
Jus menurunkan kolesterol
Jus yang dibuat daripada timun dan epal, terkenal memberi manfaat untuk melawan kanser dan mengurangkan paras kolesterol. Jus ini juga mengurangkan gangguan perut dan sakit kepala. Sebaiknya mula amalkan pengambilan jus ini apabila usia anda memasuki lewat 30-an. Jika anda mengamalkan jus ini setiap hari, maka anda tidak perlu bimbang masalah peningkatan tahap kolesterol.
Bahan: Epal dan timun
Jus penghilang bau mulut
Jus ini khusus untuk orang yang ingin meningkatkan kesihatan kulit. Untuk kesan yang lebih baik gunakanlah epal hijau. Jus ini juga memiliki keistimewaan lain iaitu menghilangkan bau mulut.
Bahan: Epal dan tomato
Jus untuk menurunkan suhu badan
Jus ini sebaiknya diambil ketika suhu badan meningkat . Jus ini akan segera menurunkan suhu badan dan membuat anda berasa lebih selesa. Jus ini juga baik untuk mengatasi bau mulut dan sangat sedap diminum ketika musim panas.
Bahan : Peria dan epal
Jus sihat dan segar
Kombinasi buah-buahan ini menyegarkan mulut anda dan sangat baik untuk kesihatan ginjal. Jus ini juga menghilangkan lebihan garam pada tubuh.
Bahan: Dua biji epal, setengah biji nanas dan sedikit tembikai
Jus vitaminÂ
Ini resipi jus yang kaya vitamin. Malah, anak-anak juga akan suka dengan jus buah-buahan campur yang mengandungi vitamin C dan B2 ini. Minuman ini juga dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.
Bahan: Limau, anggur hitam, nanas dan susu
Berikut saya senaraikan beberapa resepi jus buah serta fungsinya yang boleh dicuba di rumah.
- Carrot + Ginger + Apple
Boost dan membersihkan sistem dalaman badan.. - Apple + Timun + Saderi
Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala. - Tomato + Carrot + Apple
Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau. - Peria + Apple + Milk
Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan. - Orange + Halia + Timun
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan. - Nanas + Epal + Tembikai
Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang. - Apple + Timun + Kiwi
Untuk mencerahkan warna kulit . - Pear & Banana
mengawal kandungan gula. - Carrot + Apple + Pear + Mango
meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan…awet muda ! - Honeydew + Grape + Tembikai + Susu
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan - Betik + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme. - Pisang + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit
Selamat mencuba!