Pohon Semalu @ Putri Malu (Mimosa Pudica)





Orang-orang Kelantan dan terengganu termasuk masyarakat disebelah utara menggelarkannya dengan panggilan duri keman. Biasanya kita anggap pokok ini tidak berguna ini tetapi rupa-rupanya kesemua bahagian pokoknya boleh digunakan sebagai ubat dan juga boleh digunakan untuk dibuat sayur .

Beberapa senarai manfaat yang boleh didapati daripada daun dan akar pokok putri malu ini adalah seperti mengubati batuk dan juga kahak. Caranya begitu mudah dengan merebus daunnya dan air rebusan itu diminum. Kebaikan lain ialah untuk bengkak dan juga luka. Caranya adalah dengan menumbuk lumat daun putri malu tersebut sehingga menjadi pes dan letakkan di tempat yang bengkak atau luka. Akarnya juga boleh digunakan untuk penyakit kulit dan kesan gigitan serangga.

Penyakit Hepatitis adalah penyakit yang berkaitan dengan penyakit hati, juga boleh diubati dengan mengamalkan air rebusan putri malu, di samping itu air rebusannya juga dapat membantu membuang toksin di dalam badan.

Bagi yang menghadapi masalah Insomnia (kesukaran untuk tidur) boleh mengamalkan air rebusan daun putri malu yang dihancurkan. Anda boleh amalkan selama 20 hari untuk membetulkan keadaan kesukaran untuk tidur dan sekali gus juga dapat membantu menegelakkan daripada depresi.

Banyak kajian telah dijalankan oleh penyelidik, selain semua kebaikan untuk penyakit di atas, tumbuhan putri malu sangat bagus untuk masalah ginekologikal (khusus untuk perawatan kaum wanita). Asma juga boleh dirawat dengan meminum air rebusan putri malu.

CONTOH KEGUNAANNYA DALAM RAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

a. Akarnya digunakan dalam ramuan untuk membuat tonik.

b. Akar semalu boleh merawat sakit buah pinggang, sebagai pelawas kencing, sakit perut, senggugut, malaria, asma, tonik, keputihan dan kusta.

c. Akar dan biji tanaman putri malu mampu merangsang muntah, mengubati radang mata yang sudah akut, mengubati kencing batu, menurunkan panas demam tinggi pada anak-anak serta sebagai ubat mujarab untuk penyakit herpes.

d. Air dari batang semalu pula diminum bagi merawat sakit tekak, batuk dan demam.

e. Batang dan daun pokok semalu ditumbuk dan ditampalkan pada bahagian yang digigit oleh binatang berbisa boleh meredakan kesakitan akibat bisa gigitan tersebut.

f. Daunnya ditumbuk lumat untuk mengubati bengkak dan mengecutkannya.

Hasil dari penelitian tentang khasiat pokok duri kemam ini maka saya pun membuat catatan mengenai pokok yang kita anggap sebagai gangguan dihalaman rumah kita ni.

1. UNTUK MENGECUT, MENGUAT DAN MEMBERSIHKAN FARAJ KHUSUSNYA SELEPAS BERSALIN DAN HAID

Inilah khasiatnya yang paling popular khususnya selepas bersalin dan haid. Tetapi ianya digunakan untuk mandian sahaja dan bukannya diminum Caranya ialah ambil beberapa batang pokok semalu termasuk akarnya sekali kemudiannya bersihkannya terlebih dahulu. Selepas itu masukkan kedalam sebuah bekas samaada periuk ataupun apa sahaja bekas yang boleh digunakan untuk merebusnya. Isikan dengan air kosong bersama dengan buah manjakani, garam kasar dan asam keping.Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarkan air itu suam sedikit. Kemudian bolehlah dibuat untuk mandian dan bukannya untuk diminum.Camysa Camysa ya,daun semalu ni sy masih ingat lg waktu kecik2 dulu..mak masa tu dlm pantang..mak suh sy n adik g cri daun semalu ni..nak buat mandi katanya…mase kecik tu tak paham nape mak slalu suruh cari daun semalu..rupenye khasiat ni dh lme org tau..cume tak dikembangkanArbaizah Buyong Boleh dibuat lapik tungku ms dalam pantang. Cari daun2 aja, boleh simpan dlm tin milo, keringkan. Petua arwah mak agar perut x buncit. Masa nak bertungku, lapik sikit dan bertungku mcm biasa. Best perut lepas pantang..Yatie Raman Untuk rawatan ibu lepas bersalin y sakit batu merian leh ambk pokok semalu..skali ngan akar..basuh dan letak atas kain batik ..dibalut ngan tungku panas….baik tk mengecutkan peranakan….Pok Awi Semalu rumput trbaik bg wanita yg dh berkahwin.air rebusan semalu buat cuci kemaluan. tengok kesan nya………..hebat…

2. UNTUK MERAWAT MASALAH CEKANG KAKI DAN TANGAN YANG PECAH-PECAH KERANA diMAKAN AIR.Caranya adalah amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama dengan akarnya selepas itu campurkan sedikit kapur dan tumbukkan sehingga lumat. Setelah itu sapulah pada bahagian yang terkena penyakit itu. Insya-Allah luka pecah-pecah itu akan kering dan sembuh.

3. MENGUBATI BENGKAK, LUKA DAN BISUL. Caranya ialah dengan menumbuk daun semalu bersama dengan kunyit dan kerak nasi (yang digunakan sebagai gam). Selepas itu tampalkan pada bahagian yang sakit.Rosdan Ahmad Semasa zaman persekolahan saya dulu pun kalau luka jatuh basikal atau main bola da sebagainya saya cepat2 ambi daun semalu dan lumatkan dulu sebelum ditampal pada tempat yang luka. Itulah ubat yang mujarab zaman dulu2. Terkenang zaman kecik2.Sofiah Magain Saya tambah lagi. Daun juga blh menyembuh penyakit pasang surut anak lelaki.Muhd Izwan Dulu pernah sekali pakai daun dia,.letak kat bisul memjadi la,AHmi Majid Buasir bgus nii… sya nk tkena buasir… susah nk baung air bsar.. suami ambik akar pkok semalu… dan bunga nenas batu… rebus air dya minum… alhamdulillah smpai hari ni lega.. buasir tu kecut… mcm pkok semalu…

4. UNTUK MERAWAT MASALAH ‘MAKAN AIR’ PADA KAKI DAN TANGAN.Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama dengan akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat. Setelah itu sapulah pada bahagian yang terkena penyakit tersebut.

5. MEREDAKAN KESAKITAN AKIBAT BISA KALAJENGKING DAN SEBAGAINYA.Batang dan daun pokok semalu yang ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang berbisa boleh meredakan kesakitan akibat bisa daripada gigitan tersebut.

6. MELAWASKAN KENCING DAN MEMECAHKAN BATU KARANG DALAM PUNDI KENCING.

  • 6.1 PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN DAN KAEDAHDapatkan tumbuhan semalu dan pokok dukung anak (Phyllanthus niruri). Tahukah anda bagaimana bentuknya tumbuhan dukung anak ni? Pokok dukung anak itu sebiji macam “anak” pokok semalu yang belum menjalar. Rupanya sama cuma pokok dukung anak itu tidak menjalar , tidak berduri dan daunnya tidak mengecut.Tumbuh-tumbuhan ini memang banyak terdapat disekitar kawasan rumah kita, jadi carilah. Pastikan bila anda sudah mendapatkannya, cabut dengan akar-akarnya sekali. Kemudian basuh sebersih-bersihnya dengan air yang bersih.
  • 6.2. Cara-cara Menyediakan Ekstrak Semalu dan Dukung AnakSetelah itu potong tumbuhan tersebut untuk dimuatkan ke dalam periuk. Tuangkan air ke dalam periuk tersebut. Rebus sehingga cecair berwarna perang kemerahan yang pekat terbentuk. Nisbah kepekatannya adalah 6 bahagian kepada 1 bahagian. Maksudnya disini adalah sebagai contohnya; 6 cawan air yang digunakan untuk merebus akan tinggal 1 cawan sahaja bila ianya memekat. Toskan dan simpan air ekstrak tadi didalam bekas. Simpan didalam peti sejuk.
  • 6.3. Cara-cara PenggunaannyaAmalkan minum air ekstrak semalu dan dukung anak tadi dengan kerap. RASANYA MEMANG KELAT DAN PAHIT! Teruskan amalan tersebut dan InsyaAllah anda akan lihat hasilnya. Selamat mencuba!

7. UNTUK MENGEKALKAN KELEMBAPAN TANGAN DAN KAKI, MENGHILANGKAN GATAL-GATAL TANGAN DAN KAKI AKIBAT ‘MAKAN AIR’ ATAU ISTILAH SAINTIFIKNYA ATHLETE’S FOOT DAN JUGA CEKAM PADA KUKU TANGAN DAN KAKI.Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus didalam periuk hingga menggelegak. Biarkan sejuk sedikit sehinggalah agak-agak boleh dimasukkan tangan atau kaki didalam air rebusan itu (masukkan air itu ke dalam besen atau baldi terlebih dahulu).

8. MENEGANGKAN BUAH DADAAmbil daun + pinang muda + sikit garam = tumbuk lumat. Sapukan kat buah dada setiap malam.

9. MERAWAT INSOMNIA– Cucilah seluruh bagian tanaman putri malu segar (kurang lebih 30 g). Tambahkan 3 gelas air lalu rebus sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin, saring dan air saringannya diminum pada malam hari sebelum tidur.-letakkan pokok semalu ini dibawah tikar atau alas tidur bayi supaya dapat melenakan bayi dan mengelakkan bayi daripada meragam.

10. MERAWAT BATUK YANG BANYAK KAHAK Cuci bersih seluruh bagian tanaman putri malu (15-30 g). Rebus dalam 3 gelas air hingga tersisa 1 gelas. Setelah dingin, saring dan diminum pada malam hari sebelum tidur.

11. MERAWAT SAKIT SARAF.Akar pokok semalu bila dijemur kering dan diblend ( mesen sampai menjadi debu) dan dimasukkan ke dalam sarung ubat. dimakan. Boleh menjadi ubat sakit saraf. Boleh dicampur dengan akar inai yang dijemur kering dan buah manjakani yang telah digoreng tanpa minyak.

12. MAMPU UNTUK MENGHAPUSKAN LEMAK/KOLESTROL diDALAM DARAHKajian secara moden dan saintifik pula telah dilakukan oleh Prof.Dr.N.K Shanmugam dari Ratna Krishna Pharmaceuticals, India telah menunjukkan bahawa pokok semalu mampu untuk menghapuskan lemak/kolestrol didalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol, kajian ini mengambil masa yang lama dengan membuat pelbagai jenis ujikaji dan rujukan.

13. HILANG BISA2 BADANRaja Nasarudin Satu lg cara nak hilang bisa2 badan sbb saya dah amal kan. Ambil akar rumput semalu dlm satu cekak jari kelinking dia jemur hingga kering kemudian dia rebus tiga gelas air biar yg mendidih tu susut hingga segelas air suam kn sebntar kemudian minum in sya allah bisa badan akan sembuh.

14. MERAWAT KAYAPRafizi ShahRuz Ada satu lagi kalau xsilap, daun ni dilumat lumatkan sapu kepada kulit yg kena kayap… insya Allah.. wallahualam..

15. UNTUK MENAIKKAN NAFSU SYAHWATRaja Nasarudin Betul sekali saya dah mengamalkan daun semalu untuk menaikkan nafsu syahwat.memang benar dan bnyak lagi khasiatnya

16. UTK AWET MUDAHanis Harida pokok semalu jg direbus minum d amalkan dr muda lg..utk awet muda..d kembali mcm nak dara…****

17. MERAWAT SENGGUGUT.KESAH BENAR hj rashid January 30th, 2011 at 5:25 pm sedikit pengalaman anak saya(perempuan) dan sahabat ank saya ingin kongsikan disini. sahabat anak saya sebelum ni mempunyai senggugut yang amat teruk sehinggakan muntah, sakit kepala dan tidak boleh melakukan kerja lain melainkan berguling diatas katil. masaalah sengugut yang sgt kuat ini diketahui oleh gurunya disekolah. gurunya menasihati supaya mencuba minum rebusan akar pokok semalu. Cara-caranya, cari pokok semalu yg agak besar pokoknya supaya dapat akar yang besar dan gali untuk dapatkan akar. agak sukar kerana akarnya sangat kuat dan dalam. setelah mendapat akar tersebut bersihkan dan jemur ditgh panas sehingga kering. potong bahagia AKAR SAHAJA dan rebus. air rebusan yang diminum hendaklah satu pertiga dari sebelum direbus. cth: jika air yg digunakan utk merebus adalah 3 cawan, air yg hendak diminum adalah 1 cawan. Seeloknya minum masa panas atau suam. dan mestilah pada tempoh suci dan bukan waktu haid. Anak saya juga telah mencuba dan berkesan setelah 5 kali minum. tetapi sahabat anak saya hanya minum sekali sahaja ini mungkin kerana akar yang diperoleh olehnya lebih besar dan banyak. air akar pokok ini anak saya beritahu rasanya seperti air halia sedikit. slmt mencuba. InsyAllah berkesan..AMARAN• Penting untuk diketahui bahwa pemakaian akar semalu secara berlebihan atau melebihi dosis akan menyebabkan keracunan dan muntah-muntah.• Dilarang keras bagi ibu atau wanita hamil untuk mengkonsumsi putri malu baik daun maupun akarnya kerana ianya akan sangat membahayakan janin.

KHASIAT LAIN

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita untuk mengenal dan menggunakan sebaik mungkinapa sahaja yang terdapat disekeliling kita. Maka dengan itu tentu terdapatbeberapa khasiat dari pohon semalu untuk digunakan dalam kehidupan seharianantaranya:

  1. Untuk kegunaan wanita bagi membantu mengecut, menguat dan membersihkan alatsulit kaum wanita terutama selebas bersalin ataupun haid.

Bagitujuan ini beberapa batang pokok semalu digunakan bersama akarnya sekali(pastinya pokok yang tidak terlalu besar) dan dibersihkan. Kemudian ianyadirebus di dalam periuk bersama dengan buah manjakani, garam kasar dan asamkeping. Rebud sehingga ramuan sebati dan tunggu sehingga air agak suam sebelumdigunakan untuk tujuan mandi.

2) Pokok semalu juga amat sesuai untuk merawat masalah kegatalan akibat ‘makanair’ atau Athlete’s foot – keadaan di mana kaki merasa gataldan berair.

Caranyaadalah sama iaitu dengan menggunakan keseluruhan pokok semalu yang direbussehingga mendidih dan di biarkan suam. Kaki direndamkan ke dalam air tadi bagi membersihkanbahagian yang mengalami masalah. Kaedah ini dikatakan dapat membantumengekalkan kelembapan pada kulit disamping membantu masalah seperti di atasjuga masalah cekam pada kuku tangan dan kaki.

3) Pokok semalu juga dikatakan dapat membantu merawat masalah batu karang.

Menurutdua orang pengkaji tempatan iaitu MostafaAli dari Pusat PengajianSains Kimia, Universiti Sains Malaysia dan ZakariaM.A. dari Jabatan Kimia,Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Mengabang Telipot, Terengganu – merekamendapati ekstrak pokok semlau mengandungi dua bahan kimia utama yang mampubertindak sebagai bahan perencat dan pemecah batu karang terutama kandungankalsium oksalatnya. Ini kerana batu karang dalam pundi kencing manusia terdiridaripada 70 peratus garam organik tidak mudah larut, kebanyakannya kalsiumoksalat.

4) Bagi merawat luka pula keseluruhan pokok digunakan dengan cara melumatkan pokoktersebut dan digunakan untuk menampal bahagian yang luka.

5) Air rebusan pokok semalu juga turut digunakan untuk merawat kanak-kanak yanggelisah dan tidak tenteram fikiran (mungkin juga hyper-active) denganmenggunakannya untuk mandi. Selain itu ia boleh diminum untuk merawat masalahinsomnia dan kepenatan mental.

WhatsApp Kami Di +60 11-6077 9116 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!