Tioman Islands

Pakej Pulau Tioman Dari Kuala Lumpur 3H2M | Feri, Aktiviti Snorkeling & Penginapan Chalet Murah 2025

Pulau Tioman Menanti Anda – Syurga Tropika Yang Anda Tak Boleh Lepaskan!

Bayangkan anda berjalan di atas pasir putih halus, mendengar desiran ombak jernih membiru, dan menghirup udara laut yang menyegarkan. Pulau Tioman bukan hanya destinasi – ia pengalaman yang akan mengubah percutian anda menjadi kenangan seumur hidup.

Mengapa Pulau Tioman Sangat Istimewa?

  • Air laut sebening kristal biru kehijauan – sesuai untuk berenang, berkelah dan fotografi
  • Pantai yang bersih dan tersembunyi seperti Salang, Juara, Air Batang (ABC), dan Kampung Mukut
  • Terumbu karang berwarna-warni untuk aktiviti snorkeling dan scuba diving
  • Hutan hujan tropika asli dengan air terjun semula jadi – sesuai untuk jungle trekking dan healing
  • Perjalanan mudah dari Kuala Lumpur atau Selangor ke jeti, terus ke pulau

Itinerary 3H2M @ Pulau Tioman

Boleh diubahsuai mengikut kesesuaian tarikh & keperluan anda

Hari 1: KL / Shah Alam > Jeti > Pulau Tioman

  • 12:00 pagi: Bertolak dari KL Sentral / Shah Alam (point tetap – bukan Klang)
  • 5:30 pagi: Tiba di Jeti Tanjung Gemok / Mersing
  • 6:30 pagi: Sarapan ringan / singgah kedai makan sekitar jeti
  • 8:00 pagi: Semakan tiket feri & boarding
  • 9:00 pagi: Naik feri ke Pulau Tioman (± 1.5 – 2 jam)
  • 11:00 pagi: Daftar masuk resort & rehat sebentar
  • 1:00 tengah hari: Makan tengah hari
  • 3:00 petang: Aktiviti bebas – jelajah pantai, waterplay, santai sambil menikmati sunset
  • 7:00 malam: Makan malam BBQ / set menu khas
  • 9:00 malam: Night walk santai atau aktiviti berkumpulan

Hari 2: Island Hopping & Healing

  • 7:30 pagi: Sarapan pagi
  • 9:00 pagi: Snorkeling Trip ke Coral Island, Pulau Renggis dan pulau-pulau menarik lain
  • 1:00 tengah hari: Makan tengah hari
  • 3:00 petang: Jungle trekking ke air terjun / healing session / santai di kawasan hijau
  • 7:00 malam: Makan malam istimewa – steamboat / BBQ mengikut pilihan pakej
  • 9:00 malam: Aktiviti bebas atau sesi team bonding

Hari 3: Pulau Tioman > Jeti > Kuala Lumpur / Shah Alam

  • 7:00 pagi: Sarapan pagi & aktiviti bebas ringan sebelum check-out (shopping cenderahati, jalan-jalan pantai, atau santai di resort)
  • 9:00 pagi: Check-out & bersedia untuk naik feri
  • 9:30 pagi: Naik feri ke jeti
  • 11:00 pagi: Bertolak balik ke KL / Shah Alam dengan van / bas
  • 4:00 – 5:00 petang: Dijangka tiba di destinasi asal

Butiran Pakej Percutian 3H2M / 4H3M (Boleh Ubahsuai)

Pengangkutan:

  1. Tiket bas/van pergi balik dari KL / Klang Valley ke Jeti
  2. Tiket feri pergi balik ke Pulau Tioman

Penginapan:

  • Resort atau chalet tepi pantai (standard, deluxe, luxury, muslim-friendly)
  • Bilik berhawa dingin dan selesa
  • Bilik air, TV, Wi-Fi (bergantung resort)

Makanan:

  • Sarapan setiap pagi
  • Makan tengah hari & malam
  • BBQ dinner / steamboat (untuk pakej tertentu)

Aktiviti Termasuk:

  • Snorkeling trip ke Coral Island, Pulau Renggis, dan spot lain
  • Island hopping & aktiviti pantai
  • Jungle trekking ke air terjun
  • Sunset & night walk
  • Gambar kenangan oleh koordinator

Kemudahan Tambahan:

  • Koordinator / pemandu pelancong sepanjang trip
  • Boleh tambah servis honeymoon, family bonding, atau team building

Sesuai Untuk Siapa?

  • Pasangan honeymoon & anniversary
  • Keluarga dengan anak-anak
  • Kawan-kawan untuk healing trip atau reunion
  • Syarikat, GLC, IPT, NGO untuk retreat & motivasi

Pakej Fleksibel & Mesra Bajet

  • Pilih bilik, transport & aktiviti ikut bajet anda
  • Boleh adjust itinerary ikut kehendak kumpulan
  • Konsultasi percuma & cadangan jujur

Tempah Sekarang Sebelum Slot Habis!

Pulau Tioman memang laku keras terutama waktu cuti sekolah, public holiday & musim panas. Jangan tunggu saat akhir!

Hubungi Kami Sekarang!

Kindly E-Mail Us Your Inquiries + Budget to Spend To spmodels.travel@gmail.com For An Urgent Response!