Penjagaan gigi untuk kanak kanak

Mengapa sangat penting untuk menjaga kesihatan mulut kanak-kanak?

 

image

Mulut yang sihat adalah amat penting bagi kanak-kanak dengan masalah perdarahan. Kebersihan mulut yangburuk akan menyebabkan inflamasi atau keradangan gusi. Gusi akan kelihatan bengkak, merah dan mudah berdarah jika tersentuh. Perdarahan dari gusi yang mengalami keradangan sukar dikawal, ini lebih lagi jika terdapat masalah perdarahan.

Mulut yang tidak terjaga juga boleh menyebabkan kerosakan gigi. Jika cabutan atau penskaleran terpaksa dilaksanakan sebagai rawatan, kemungkinan besar akan berlaku perdarahan yang banyak. Risiko ini dapat dielakkan dengan menjaga kebersihan dan kesihatan mulut kanak-kanak ini dari awal, sebelum masalah timbul.

Mengapa kesihatan mulut kanak-kanak ini begitu penting:

Kesihatan mulut yang buruk menyebabkan kerosakan gigi dan keradangan gusi.

Bagaimanakah cara kita menjaga kesihatan mulut kanak-kanak ini

Memberus gigi

Gigi kanak-kanak perlu diberus 2-3 kali sehari.Pastikan anak tidur dengan mulut yang bersih. Semasa tidur air liur dan sisa makanan bertakung di dalam mulut. Ketika ini banyak kerosakan gigi boleh berlaku jika gigi tidak dibersihkan terlebih dahuluKanak-kanak dibawah usia 7 tahun perlu dibantu semasa memberus gigi oleh orang dewasa. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak dibawah usia 7 tahun belum cukup mahir untuk melaksanakan pemberusan secara berkesan . Ini paling penting pada waktu malam untuk memastikan kanak-kanak tidur dengan mulut yang bersih1,5

Kebiasaannya kanak-kanak lebih dari 7 tahun boleh melaksanakan pemberusan dengan baik tetapi keberkesanan tugas ini harus dipantau oleh seorang dewasa.3,6

Kanak-kanak kecil perlu diberuskan giginya oleh seorang dewasa, terutama sebelum tidur malam. Ini perlu dilaksanakan sehingga kanak-kanak berusia lebih kurang 7 tahun.

Ubat gigi yang baik untuk kanak kanak

image

Kanak kanak berusia 2 tahun boleh menggunakan ubat gigi kanak-kanak yang berfluorida. Ubat gigi ini biasamempunyai paras fluorida sebanyak 500-600ppm3,5,6. Pastikan ubat gigi digunakan hanya secalit atau sebesar kacang pis3. Penggunaan ubat gigi mestilah dikawal oleh ibubapa dan penjaga.Setelah kanak-kanak tersebut pandai berkumur dengan berkesan, biasa dalam umur 6 tahun keatas, mereka boleh menggunakan ubat gigi orang dewasa yang mempunyai paras fluoride yang lebih tinggi. Ini akan memberi perlindungan yang lebih baik untuk kanak-kanak tersebut.