Hi guys. admin kembali lagi nak kasi info menarik untuk korang. info ini sesuai untuk generasi generasi yang menggilai kafe-kafe hipster yang mempunyai konsep menarik. Sudah menjadi ‘trending’  dan makin bercambah kafe-kafe yang berkonsep di Malaysia sekarang. Tapi harini admin nak share info Kafe hipster yang halal di kawasan Johor Bahru.

 

  1. Cat Cafe
  • 31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C 80100 Johor Bahru
  • Waktu operasi : 1 pm – 10 pm (tutup hari Rabu)

Korang yang menetap di Johor Bahru dialu-alukan datang ke Cats Cafe dan jangan risau bukan setakat sahaja korang boleh bermain dengan kucing tapi boleh makan di sana. So, kepada cat lover tu jom lah serbu cafe ini.  layari Facebook & Instagram Cat Cafe untuk info selanjutnya .

 

11742864_873508356037876_2083569910799073572_n

 

 

2. Cafe Racer by Grillbar

  • 72, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi :  11.30am-11pm ( Isnin – Ahad )

Diusahakan oleh orang kuat di belakang Grill Bar Steakhouse, Cafe Racer adalah sebuah kafe bertemakan motosikal yang terletak di Taman Pelangi, Johor Bahru. Kafe ini menyajikan makanan halal lazat dengan harga berpatutan di dalam satu persekitaran yang sangat cool yang pasti disukai ramai. Layari Facebook Café Racer by Grillbar untuk info lebih lanjut.

 

f85c

 

 

 

3. Faculty of Caffeine

  • 106, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi : 9.00am-6pm ( Isnin – Ahad )

Kafe Faculty of Caffeine adalah berkonsepkan perindustrian. Diasaskan oleh seorang pelajar perubatan dan seorang pereka dalaman yang kedua-duanya mempunyai minat mendalam terhadap kopi, makanan dan reka bentuk, mereka bersemangat dalam menyajikan kopi, pastri, dan aksesori berkaitan kopi pada kualiti tinggi untuk pelanggan. Layari Facebook & Instagram Faculty Of Caffeine untuk info lebih lanjut.

 

81f8

 

 

4. Lokap Cafe

  • 11, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor
  • Waktu Operasi : 5pm-12am ( Tutup hari isnin )

Lokap Cafe adalah sebuah restoran atau kafe yang bertemakan penjara. Pemilihan menu mereka terdiri daripada bahan-bahan berkualiti tinggi, dari daging cincang gulung sehinggalah ke latte dan kopi. Layari Facebook dan Instagram Lokap Cafe untuk info lebih lanjut.

 

11355934_460866730762408_1679528072_n

 

 

5. Miyakori Cafe

  • 41, Jalan Indah 22/14, Bukit Indah 2, 81200 Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi : 12pm-10pm (Isnin, Rabu, Khamis & Ahad ) , 12pm-11pm ( Jumaat & Sabtu )

Miyakori Cafe merupakan sebuah coffee house yang berpangkalan di Johor Bahru. Kafe ini menyajikan 100% kopi Arabica terbaik dan teh berkualiti tinggi. Dengan taglinemereka ‘Happiness In A Cup’, mereka cenderung untuk menyajikan secawan kebahagiaan, seperti yang pelanggan suka. Layari Facebook dan Instagram Miyakori Café untuk info lebih lanjut.

 

blogger-image-2098363496

 

 

6. Coffee Loft

  • No.29, Jalan Molek 1/12,Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi : 12pm-11pm ( Isnin – Khamis ), 12pm-12am ( Jumaat – Ahad )

Coffee Loft menerapkan definisi ‘raw and elegant’ ke dalam reka bentuk dalaman kafe mereka. Mereka berbangga dalam menyediakan persekitaran tempat makan yang memberi keselesaan kepada pelanggan, yang akan membuat mereka datang kembali untuk kali kedua dan seterusnya. Layari Facebook dan Instagram Coffee Loft untuk info lebih lanjut.

 

44a8

 

 

7. Coffee Nowhere

  • No. 30 Jalan Gaya 1, Taman Gaya,, 81800 Ulu Tiram, Johor
  • Waktu operasi : 11.00am-12am ( Isnin – Ahad )

Coffee Nowhere (sebutan now+here) berazam untuk membangkitkan satu memori bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan semasa gathering para pelanggan. Mereka akan mengukir lebih kenangan manis melalui secawan kopi di sebuah kafe konsep klasik. Layari Laman web, Facebook & Instagram Coffee Nowhere untuk info lebih lanjut.

 

f7bb