10 Khasiat & Kelebihan Buah Betik

beti




Nak Dapatkan Anak Pokok Betik Untuk Anda Tanam Di Rumah Atau Kebun Anda? Tak Mahalpun!

Hubungi Kami Sekarang!

** Hubungi kami sekarang untuk harga runcit & borong semasa untuk anak pokok. Harga bergantung kepada saiz pokok, dan stok adalah terhad

Berikut merupakan khasiat utama buah betik. Ya hanya buah belum lagi daun, batang, bijinya, dll. Nanti admin kongsikan di post berasingan yg lain.

1) Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2) Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

4) Mengubati sakit-sakit otot 

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

6) Mengubati tumit pecah-pecah 

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

7) Dijadikan Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

8) Sesual untuk merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

9) Kaya dengan vitamin c

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

10) Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

WhatsApp Kami Di +60 11-6077 9116 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!