1001 Kebaikan Buah Dan Pucuk Betik





Khasiat Buah Betik Dan Pucuk Daun Betik

Buah tropika yang sangat popular selain buah nenas adalah buah betik. Isi buah betik yang lembut berwarna oren jingga ini sangat manis dan sedap dinikmati di dalam cuaca negara yang panas seperti di negara-negara Asia. Betik bukan sahaja sedap dimakan mentah, tapi juga divariasikan dalam resepi-resepi seperti kerabu, ulam-ulaman, kuih muih, bubur dan jus.

Jangan tak tahu, buah betik ni banyak khasiat tau. Bukan buah betik je bagus, pucuk daun betik tu pun ada khasiatnya.

VITAMIN C
Buah betik yang sudah masak kaya dengan vitamin C. Dengan pengambilan yang kerap, betik bukan sahaja dapat melancarkan proses penghadaman namun dalam masa yang sama juga mampu mengelakkan masalah sembelit, merawat buasir dan banyak lagi.

PARAS KOLESTROL
Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Sains Kesihatan UPM mengatakan, buah betik boleh menurunkan paras kolestrol sebanyak 19.2% jika diambil secara rutin dalam tempoh empat minggu.

TANDA PENUAAN
Asid alfa hidroksil membantu melarutkan sel-sel kulit mati untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan serta garis-garis halus di wajah. Manakala vitamin C dan E mampu meremajakan kulit anda dan seterusnya kelihatan lebih muda.

CEGAH KANSER
Kajian menunjukkan betik memiliki sifat memerangi kanser. Ia mengandungi sebatian anti kanser carotenoids yang turut dikenali sebagai beta carotene, lycopene dan cryptoxanthin. Pengambilan betik secara berterusan dapat membantu melindungi seseorang dari terkena penyakit kanser payudara.

MENCERAHKAN WAJAH
Betik juga mengandungi ciri-ciri pemutihan semulajadi. Kerana itu, banyak produk kosmetik yang berada di pasaran mempunyai kandungan ekstrak buah betik. Manfaat di dalam buah betik bukan sahaja sangat menakjubkan untuk kulit wajah, tapi juga selamat dan semulajadi.

RISIKO PENYAKIT
Betik merupakan buah yang kaya dengan nutrien antioksida seperti flavonoid, vitamin B, mineral, kalium, magnesium, asid Pantothenic dan banyak lagi yang mana ia sangat diperlukan oleh tubuh manusia bagi mengurangkan risiko apa-apa jenis penyakit.

Pucuk Daun Betik Penyembuh Penyakit

Pucuk betik/bunga betik dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pucuk jantan, pucuk betina dan pucuk hermafrodit. Kebiasaanya, pucuk betik jantan dijadikan ulam kerana pucuk betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Pucuk betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang.

DARAH TINGGI
Pucuk jantan betik ini memang pahit, namun jika dicelur dengan air panas dan dimakan bersama sambal belacan misalnya, rasanya sangat sedap dan berkhasiat. Pucuk betik ini mampu mengawal dan mengurangkan penyakit darah tinggi.

DEMAM DENGGI
Sangat terkenal sebagai alternatif untuk menyembuhkan demam denggi. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi atau malaria dapat diganti segera.

AGEN PELAWAS
Kaum India sangat menyukai pucuk daun betik ini kerana ia dipercayai dapat membantu masalah penghadaman dan pelawasan tubuh secara semulajadi dan selamat.

MENJARAKKAN ANAK
Pucuk betik juga digunakan secara tradisional oleh orang-orang lama sebagai kaedah perancang keluarga. Jika pucuk betik dimakan mengikut kaedah dan jadual yang betul, ia dapat membantu ibu-ibu menjarakkan anak dan seterusnya merancang kehamilan dengan cara semulajadi tanpa ubat-ubatan.

WhatsApp Kami Di +60 11-6077 9116 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!