13 Khasiat Utama Jus Pegaga Asli Yang Kita Mesti Tahu!





Khasiat Jus Pegaga. Pegaga atau nama saintifiknya Centella, terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara. Ia mudah tumbuh di persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab.

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang, rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Daun pegaga mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.

Khasiat Jus Pegaga

  1. Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian yang luka.
  2. Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.
  3. Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.
  4. Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung.
  5. Baik untuk para ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali bentuk badan.
  6. Jus pegaga juga boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.
  7. Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas.
  8. Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.
  9. Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. Ia dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
  10. Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.
  11. Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.
  12. Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.
  13. Dapat membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.

Pokok Pegaga Untuk Dijual

1 polybag / pasu: RM 12.90++ (mengikut saiz pokok)

#Harga borong

> 50 polybags – RM10.00

> 250 polybags – RM8.00

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!