6 Makanan Yang Pesakit KENCING MANIS Wajib Amal!





  1. Susu

Gabungan kalsium dan vitamin D sangat bagus bagi pesakit kencing manis. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung.

kacang hijau11

  1. Salmon 

Daging ikan Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan peradangan, menurunkan berat badan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, daging ikan salmon juga mengandungi vitamin D.

Salmon-Raw_Web

  1. Sereal atau Oatmeal

Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi karbohidrat kompleks, ia juga mengandungi serat tinggi.

Oatmeal juga kaya akan magnesium yang membantu tubuh memanfaatkan glukosa dan menghasilkan insulin dengan baik.

organic-regular-detail-sflbabfd54418cb46e438643ff2300547e50

  1. Blueberry

Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan lemak dan kolesterol. Pterostilbene juga mungkin membantu melawan diabetes dan kanser.

blueberries

5. Brokoli 

Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah.

Sulforaphane juga mencetuskan proses anti keradangan, mengawal kadar glukosa darah, meningkatkan mekanisme detoksifikasi semulajadi dalam tubuh, serta meningkatkan pengeluaran enzim yang mengawal bahan kimia berbahaya yang menjadi penyebab kanser. Brokoli juga  mengandungi kromium yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dalam tubuh.

broccoli-2

6. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku

keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.

Khasiat-Bawang-Putih-Untuk-Kesihatan

Selamat beramal!

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!