Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Canarium spp.
Buah kedondong dipanggil dengan nama buah Amrah di hilir Perak.
Pokok Kedondong Untuk Dijual
1 polybag / pasu: RM18.00 ++ (mengikut saiz pokok)
#Harga borong
> 50 polybags – RM14.00
> 250 polybags – RM11.00
**Anak pokok ada untuk dijual runcit dan borong dengan harga murah. Harga bergantung kepada saiz anak pokok, dan stok adalah terhad. Anda dijemput ke lokasi kami untuk melihat sendiri pokok ini dan pokok-pokok lain yang ada di sini. Sila hubungi kami sekarang untuk temujanji.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.
Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm.
Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.