Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.
Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.
Anak Pokok Inai Untuk Dijual
1 polybag / pasu: RM17.90 ++ (mengikut saiz pokok)
#Harga borong
> 50 polybags – RM14.00
> 250 polybags – RM11.00
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.
Khasiat Daun Inai digunakan untuk menyembuhkan luka kuku
Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
Khasiat Daun Inai mampu menyembuhkan luka berkhatan.
Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
Khasiat daun Inai membantu menyembuhkan sakit tekak.
Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.
Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.
Khasiat Daun Inai atasi GUSI BERDARAH
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.
Khasiat Daun Inai untuk Kecantikan.
Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.
- Khasiat Daun Inai Menghilangkan rasa panas terbakar api, dengan membalurkan “daun inai” yang telah ditumbuk halus.
- Khasiat Daun Inai Menyembuhkan luka pada mulut dan lidah tersayat, dengan mengunyah “daun inai”.
- Khasiat Daun Inai dapat mengubati bisul mahupun bengkak yang panas menusuk, dengan melumurkan”daun inai” yang telah ditumbuk halus.
- Khasiat Daun Inai dapat mengubati anak-anak yang mulai terkena gejala penyakit cacar, dengan melumurkan “daun inai” pada tapak kakinya.
- Daun Inai Juga dapat menyembuhkan penyakit kurab dengan mencampur “daun inai ” bersama air kompres (rivanol).
Khasiat Inai
1. “JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM. BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN SATU DARJAT” diriwayatkan oleh Abu Daud.
2. “SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT ADALAH DENGAN INAI” diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.
3. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.
4.Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.
5. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik (“shower cap”) dan biarkan selama 3 jam atau lebih.
Kelebihannya:
– Menguatkan akar rambut
– Memberi kilauan pada rambut
– Menghilangkan kelemumur
– Melembut dan memelihara rambut
– Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
– Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidurKelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari.
Kelebihannya:
– Melindungi kulit dari cahaya matahari
– Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2minggu)
– Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
– Mengekalkan kulit yang lembut dan bersihFAKTA Berkaitan Khasiat Inai
1. Kulit batang inai – boleh merawat penyakit hati seperti demam kuning dan bengkak hati serta cirit-birit.
2. Bunga Inai- merawat masalah sakit kepala disebabkan cuaca panas. Caranya dengan meletakkan bunga inai yang dicampur cuka sekeliling kepala.
3.Akar inai- digunakan untuk merawat bisul.
4. Daun Inai- air rendaman daun ini mampu merawat keputihan dan masalah haid berlebihan. Juga digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Selain itu, digunakan untuk menutup uban dan sebagai pewarna tekstil