Bahan dari pokok ini digunakan untuk merawat leukemia dan penyakit Hodgkin.
Nama Botani : Catharanthus roseus
Famili : Apocynacea
Kemunting Cina / Tapak Dara
1 polybag / pasu: RM12.90++ (mengikut saiz pokok)
#Harga borong
> 50 polybags – RM10.00
> 250 polybags – RM8.00
Pokok kemunting cina khasiatnya bagus mengawal darah tinggi.Petik 2 helai daun tersebut kemudian rendam dengan air panas dalam cawan dan tutup cawan tersebut. Apabila sudah suam airnya barulah di minum. Darah akan jadi normal jika selalu kita amalkannya. In Shaa Allah.
Pengenalan : Pokok kemunting merupakan tanaman hiasan yang juga dikenali dengan nama tapak dara, janda kedah, kembang sari cina, ros pantai. periwinkle, rumput jalang, madagascar periwinkle, capeperiwinkle, old-maid, rose periwinkle dan rosy periwinkle.
Ia berasal dari Madagascar dan biasanya boleh dijumpai di kawasan pantai dan juga kawasan berpasir.
Batangnya berkayu pada bahagian bawah dan bercabang banyak yang akan muncul dari batangnya. Daunnya berbentuk bujur memanjang dengan rerambut halus pada kedua-dua sisinya. Pokoknya membiak melalui keratan batang dan biji benih.
Kegunaan Pokok kemunting cina warna putih dapat mengubati penyakit kanser.
Daun, bunga dan buah dimasukkan dalam mulut dan dikunyah hingga lumat serta ditelan. Air yang terdapat dalam bunga, buah dan daun dapat diserap oleh sel-sel kanser dan mendesak atau menghilangkan sel-sel kanser.
Rebusan daun dapat mengurangkan sakit haid dan merawat gigitan serangga.
Pokok kemunting cina mengandungi cantharanthine, leorosine, lochnerine, vindotine, akuamine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin. Bahan-bahan tersebut dapat mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga mengandungi vinbalistin dan vincristine yang digunakan dalam kimoterapi untuk rawatan kanser.
Pokok kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastine dan vinkristine yang boleh merawat leukemia dan darah tinggi. 20 gram kemunting cina putih atau merah(yang telah dikeringkan) direbus menggunakan 1000ml air dan diminum airnya dipercayai mengubati penyakit tersebut.
Pokok kemunting cina dikategorikan sebagai tumbuhan beracun. Ia hanya boleh diambil dalam sukatan yang telah ditentukan dan dibenarkan sahaja.