Nama Tempatan: Pegaga
Nama Saintifik: Centella asiatica / hydrocotyle asiatica
Nama Lain: Tapak kuda (Indonesia), Pennywort (Inggeris), Gotu kola (India), Buabok(Thai), Ching Chow Sui (Cina). Mandookaoarni (Sanskrit)
Famili: Apiaceae/Umbelliferae
1 polybag / pasu: RM 12.90++ (mengikut saiz pokok)
#Harga borong
> 50 polybags – RM10.00
> 250 polybags – RM8.00
KHASIAT
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan 3 kaum utama negara iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia dimakan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.
Di Madagaskar pegaga dikeringkan, dikisar dan digunakan untuk merawat penyakit kusta, asma, sifilis, bronchitis dan luka-luka kulit. Kini pegaga banyak digunakan sebagai ramuan dalam penyediaan ubat-ubatan dan kosmetik di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.
Pegaga mempunyai khasiatnya yang tersendiri, antara khasiat daun pegaga adalah :
+ Tonik yang baik untuk otak. Menambah daya ingatan dan menguatkan mental.
+ 2-4 helai dimakan mentah setiap hari menguatkan otak dan mencegah tekanan perasaan.
+ Membantu tidur yang nyenyak bagi mereka yang letih. Baik untuk merawat insomia.
+ Jusnya mencuci darah dan bertindak sebagai tonik.
+ Bagi artritis, minum air daun pegaga setiap hari selama 2 minggu, rehat 2-3 hari kemudian sambung semula. Anda juga boleh makan 2-3 helai daunnya sehari.
Antara khasiat lain pegaga adalah
• Penawar alahan
• Anti kanser
• Melawaskan air kencing
• Penawar batu karang
• Penawar kencing berdarah
• Penawar ulser
• Merangsang peredaran darah
• Merawat cirit birit
• Menurunkan tekanan darah