Bunga Flamingo





Bunga flamingo atau flamingo flower atau flamingo plant (Juiceticia carnea) adalah jenis tanaman bunga yang berkembang dengan tegak serta membulat, di negara asal tanaman ini, tingginya dapat mencapai 180 cm dengan lebar 90 cm, tetapi di Indonesia ianya lebih kecil serta berbunga, jadi ia termasuk juga dalam jenis tanaman bunga pendek.

Tanaman ini mempunyai daun berupa elips, warna hijau agak gelap, daunnya agak kerinting, tak lurus atau beralun. Bunganya warna merah jambu fanta. Ianya sangatlah unik kerana bentuk seperti haiwan flamingo.

Tanaman ini tidak menyukai pancaran matahari secara langsung yang terlampau banyak, lebih baik ditanam pada kawasan yang agak berbayang atau teduh, atau sinar matahari yang sudah disaring (dapat memakai paranet). Tanaman ini juga memerlukan tanah yang lembab. Siram terus jika tanahnya nampak kering.

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!