Jus Kedondong Asam Boi





Kedondong adalah merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang banyak terdapat di hutan Malaysia dan negara-negara Asia. Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar dan boleh mencecah ketinggian 45 meter.

Buah kendondong sangat enak di makan . Ianya boleh di makan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.

Kedondong mempunyai biji yang bersabut. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, kedondong tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Namun tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini hingga kini.

JUS KEDONDONG ASAM BOI

Resepi Oleh : Dapur Tanpa Sempadan

12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya

Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
Kacau dan biarkan sekejap.
Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
Sedap diminum sejuk.

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!