Pokok Senduduk





Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.

Anak Pokok Senduduk Untuk Dijual

1 polybag / pasu: RM12.90 ++ (mengikut saiz pokok)

#Harga borong

> 50 polybags – RM10.00

> 250 polybags – RM8.00

KHASIAT

* Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya adalah :-

1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

6. Mengatasi Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!