Sakit Sendi untuk Dewasa dan Orang Tua





Pernah tak mak ayah mengadu sakit pinggang, sakit tulang atau sakit lutut ? Mak saya pernah. Dia pernah mengadu sakit lutut dan  tak boleh berdiri lama.  Nak berjalan pun tak boleh jauh jauh. Tak larat katanya. Itulah yang dinamakan sakit sendi.  Biasanya orang tuatua apabila sudah meningkat usia memang akan mengalami sakit sendi. Tak kisahlah sama ada sakit pinggang, sakit lutut, jari, kaki, tangan dan lain lain, asalkan dibahagian sendi, ini di panggil sakit sendi.

Sebelum itu apakah dia  sendi ini ? Jom kita kenal apa makna sendi.

Apakah itu Sendi ?

Sendi adalah tempat pertemuan tulang tulang kita yang membolehkan pergerakan berlaku. Contohnya seperti membengkokkan tangan, mengerakkan jari, berjalan, berlari, membongkok dan lain lain. Contoh sendi adalah seperti siku, lutut, pinggang, tulang tulang jari dantulang belakang.

Set Sakit Sendi Shaklee

Sendi – Joint (ihsan Google)

Sakit Sendi

Sakit sendi juga dikenali sebagai arthritis atau radang pada sendi. Ia boleh dikelaskan dalam dua kategori besar yang biasa di alami iaitu Osteoarthritis dan juga Arthritis Rheumathoid. Ada juga jenis arthritis yang lain seperti Gout, Psoriatic arthritis, lupus, dan septic arthritis. Tapi hari ini saya nak fokus pada dua kategori yang lazim tadi.

Jom pergi satu persatu

Osteoarthritis

Sakit Sendi Osteoarthritis Set Sendi Shaklee

Osteoarthritis (ihsan Google)

Osteoarthritis adalah sakit sendi yang berlaku apabila tulang rawan yang menyelaputisendi menjadi haus atau musnah. Tulang rawan ini bertindak seperti kusyen yang menyerap hentakan atau beban. Apabila tulang rawan semakin haus, ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Oleh yang demikian, pesakit akan merasa sakit di sendi apabila adanya pergerakan. Dan bukan itu sahaja, kadang kadang disertakan dengan bunyik “kruk krak” sekali.  Itu tanda sendi bergesel antara satu sama lain. Antara sendi yang mempunyai masalah ini adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Manakala golongan yang biasanya mendapat osteoarthritis adalah seperti golongan tuamacam mak ayah kita, mereka yang mempunyai berat berlebihan atau obesiti, yang berkerja berat  seperti di tapak pembinaan, ahli sukan atau penari.

Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis Set Sakit Sendi Shaklee

Rheumatoid Arthritis berlaku pada kedua dua sendi badan

Rheumatoid Arthritis adalah sejenis arthritis kronik yang berlaku pada kedua dua sendi bahagian badan. Contohnya pada kedua dua dua lutut dan kedua dua siku atau pergelangan tangan. Ia juga dikenali sebagai penyakit yang autoimmune.

Rhumatoid arthritis ini menyerang tidak kira umur. Tetapi kebanyakan yang cenderung untuk mendapat sakit sendi jenis ini adalah wanita pertengahan umur.

Antara tanda tanda sakit sendi jenis ini adalah :-

  • Sakit sendi atau bengkak pada sendi
  • Rasa kebas  pada waktu pagi atau selepas duduk yang lama
  • Sering kepenatan

Faktor yang menyebabkan masalah ini masih belum diketahui secara jelas, namun pakar mempercayai bahawa ia disebabkan oleh genetik, alam sekitar dan masalah hormon.

Lagi satu masalah yang sering berlaku apabila berusia ialah osteoporosis atau tulang rapuh. Kepadatan tulang semakin berkurangan akibat kekurangan kalsium dalam badan. Jika dibiarkan lama kelamaan tulang belakang boleh menjadi bengkok. Tulang juga menjadi mudah patah.

Berbalik pada cerita ibu saya di atas. Selepas beliau mengadu sakit lutut, saya terfikir untuk memberinya Set Sakit Sendi Shaklee. Dalam set sendi Shaklee ada tiga vitamin utama yang disyorkan iaitu Advance Joint Healt Tablet (AJHT), OmegaGuard dan Ostematrix

Mengapa saya bagi vitamin ini ? Sebab ia ada ciri ciri yang boleh membantu menyelesaikan masalah sakit sendi orang tua saya. Contohnya,

Advance Joint Health Tablet (AJHT)

  • Ia mengandungi ekstrak Boswellia dengan asid boswelik yang bertindak sebagai anti-radang semulajadi dan menyokong keselesaan sendi
  • Ekstrak jagung yang mengandungi glucosamine yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
  • Mempunyai kandungan Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C, yang mengandungi nutrien penting dalam menghasikan kolagen untuk sendi

OmegaGuard pula membantu untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi jika ada. Selain itu ia juga dapat mengurangkan masalah pelupa dan nyanyuk. Juga bagus sebagai vitamin untuk merangsang perkembangan otak dan minda  anak. Baik semasa hamil atau anak anak yang sedang membesar. Ini ada dalam Set Hamil dan juga Set Anak Pintar

Manakala Ostematrix pula adalah sumber kalsium yang sangat sangat diperlukan untuk menjaga kepadatan dan kesihatan tulang. Mengelakkan tulang rapuh dan bengkok. Biasanya golongan wanita yang mudah terkena tulang bengkok sebab kita banyak hilang kalsium kerana adanya kitaran haid dan proses proses lain.

Alhamdulillah, selepas mengamalkan AJHT dan Ostematrix beberapa hari , beliau sudah boleh bergerak seperti sedia kala. Kalau berdiri lama pun tiada masalah. Malah badan rasa lebih segar apabila bangun setiap pagi.

Kalau dulu rasa lenguh lenguh kaki, kebas, cepat letih sekarang dah kurang banyak. Saya bersyukur kerana di usia ibu yang telah mencecah usia 67 tahun, beliau masih cergas seperti dulu. Penyakit kronik pun tiada. Syukur sangat. Memang AJHT dan Ostematrix adalah suplemen yang wajib ada buat ibu.

Sama juga dengan kedua ibu dan ayah mertua saya yang suka sangat akan kesan kedua dua suplemen Shaklee ini.

Bagi diri saya sendiri, saya ambil Ostematrix banyak sebab antaranya ialah untuk membantu penyusuan,  melegakan sembelit, memberikan tenaga serta hilangkan rasa lenguh lenguh dan kebas. Alhamdulillah, hilang juga rasa tak selesa tu. Maklumlah dah masuk 3 series ni memang perlu kepada “bantuan luar” . Makanan sekarang pun dah banyak yang hilang khasiat. Tambahan pula makanan kita pun tidak seimbang.

InsyAllah saya akan diteruskan pengambilan Set Sendi Shaklee ini sampai bila bila.

3 PRODUCT

WhatsApp Kami Di +60 11-6077 9116 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!