Anak Pokok Mahkota Dewa





1 polybag / pasu: RM19.90 ++ (mengikut saiz pokok)

#Harga borong

> 50 polybags – RM15.00

> 250 polybags – RM12.00

Di sini saya ajarkan cara menjadikan herba daripada buah mahkota dewa.

1. Petik buah yang berwarna unggu kemerahan. Ketika inilah kandungan antioksidan di dalam buah mahkota dewa tinggi.

Buah Mahkota Dewa

Warna buah mahkota dewa yang sesuai untuk petik buah dibuat herba.

2. Belah dua buah mahkota dewa.

3. Buang biji yang ada di dalam buah ini. Biji buah mahkota dewa adalah beracun.

4. Hiris nipis isi buah mahkota dewa.

5. Selerakkan di atas pinggan atau dulang. Jemur hingga kering. Pastikan jemur di bawah tempat teduhan. Tak sesuai dijemur terus pada pancaran cahaya matahari. Sinar UV akan mengurangkan khasiat buah ini.

6. Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.

Penggunaan / Teknik Memproses Buah Mahkota Dewa

1. Masukkan dua hingga tiga keping hirisan ke dalam air panas 300 mL.

2. Biarkan dalam 5 minit.

3. Minum

Amalkan minum tiga hari sekali jika anda tidak menghidap penyakit kronik.

Jika anda ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing manis, amalkan minum sekali sehari. Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum. Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos. Dan minum seperti normal iaitu tiga hari sekali. Ini kerana jika terlebih dos boleh mendatangkan keburukan.

 

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!