Teknik Penanaman Bawang Merah





by: Kebun Bandar

Bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi.

Taksonomi Bawang Merah

Keluarga: Alliaceae

Genus: Allium

Spesis: cepa

Nama saintifik: Allium cepa cv. aggregatum

Pembiakan: biji benih ataupun bebawang

Keperluan cahaya matahari: 100%

Fungsi di kebun:

1. Sebagai tanaman penghalau. Daunnya yang berbau dapat menghindar daripada serangga perosak datang ke tanaman lain.

2. Dapat bawang dan bawang lagi, tentunya!

Kenapa pekebun komersial tak tanam bawang untuk bebawang? Sebab hasil bebawang tak untung dengan kos pengeluaran yang tinggi. Bawang tak besar seperti yang dikehendaki kerana bawang perlukan cahaya matahari 13 jam. Malaysia hanya menerima di antara 6-8 jam pancaran cahaya matahari menyebabkan bawang berbunga awal manakala bawang memerlukan lebih daripada itu.

Namun begitu, buat penggemar tanam sendiri, tak mengapa kerana kita mahukan daun bawang untuk masakan. Bebawang itu perkara kedua.

 

Amalan Kultura / Perladangan
 

Penanaman bawang merah

Penggunaan yang paling sesuai sekali untuk dipraktikkan di rumah dan kebun-kebun kecil adalah dengan menggunakan bebawang. Penanaman dengan biji benih adalah lambat dan peratus percambahannya juga< 40% kerana iklim khatulistiwa di Malaysia. Lagipun mana ada orang jual biji benih bawang.

Penyediaan bebawang:

image
Bebawang yang dibeli dari pasar
image
Potong 1/3 untuk percambahan bawang cepat

Bagi penanaman skala besar, adalah dinasihatkan agar bebawang yang telah dipotong direndam dahulu dengan larutan thiram untuk mengelakkan serangan fungus pada bebawang.

Bawang merah perlu dipotong atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya. Mengikut pengalaman saya, dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong betul.

image
Kambus biar sekadar cukup menutupi lapisan tipis atas bawang

Jarak Penanaman

Jarak penaman yang sesuai adalah 20 cm (antara baris) x 10 cm (antara pokok).

bawang

Jarak antara baris (20 cm) x Jarak antara bawang (10 cm) dalam 1m x 1m batas

Boleh selang-selikan barisan bawang dengan barisan sayur lain seperti kangkung, bayam, kubis, ataupun sawi. Ini bagi bawang boleh bertindak sebagai tanaman penghalau.

Pembajaan

Sepanjang tempoh penanaman bawang, kita perlulah membajanya sebanyak 2 kali iaitu semasa penanaman dan beberapa minggu selepas penanaman.

Bagi pembajaan bawang, nilai NPK yang disyorkan adalah tiada (tidak dijumpai dalam website Jabatan Pertanian). Jadi saya ambil nilai yang disyorkan bagi sayur berdaun iaitu:

N    150 kg/ha               P     150 kg/ha                     K     150 kg/ha
 
Untuk pembajan pertama, kita gunakan 100 kg N/ha,
Baja: NPK hijau (15:15:15)
 
Kiraan untuk 1 batas (1 m²),
15 kg N ada dalam 100 kg NPK hijau
Maka kalau 100 kg N ada dalam y kg NPK hijau.
Pengiraan,
15/100 = 100/y
y = 666.67 kg
Maka 666.67 kg NPK hijau mengandungi 100 kg N.
Untuk 1 batas (1 m²),
1 ha = 10,000 m²
1 kg = 1,000 g
666.67 kg NPK hijau / 10,000 m² = 67.0 g/m²

Jadi pembajaan untuk kali pertama ialah 67 g/m² atau 5 g/bawang.

Untuk kali kedua pula pada minggu ke-5 selepas pembajaan pertama sebanyak 50 kg N/ha,



bwang

Jadi pembajaan kali ke-2 ialah 34 g/m² atau 2 g/bawang.

Penaburan baja perlulah di sekitar barisan antara bebawang. Buat beberapa alur parit di tepi bawang dan taburkan baja. Pastikan tidak terkena bawang kerana baja boleh melecurkan bawang dan akarnya nanti. Kambus alur kemudiannya agar dapat mengurangkan larut lesap baja.

IMGP7306
Baju ditabur dengan teknik alur parit.

Daun bawang boleh dituai 2 minggu selepas penanaman apabila sudah panjang. Enak jika dibuat bersama cucur.

Penjagaan

Pengairan

Siram 2 kali sehari – 1x waktu pagi, 1x waktu petang.

Cantas kuntum bunga bawang

Bawang memerlukan pancaran cahaya matahari melebihi 13 jam untuk menghasilkan biji benih berkualiti. Di Malaysia hanya ada 12 jam pancaran matahari. Jadi tak lah sesuai untuk menanam bawang untuk penghasilan biji benih. Lebih kepada sebagai tanaman penghalau serangga.

Kuntum bunga bawang perlu dicantas atau cubit segera sebaik sahaja ia muncul agar dapat menghasilkan bebawang yang besar. Jika tak dibuang akan mengakibatkan segala nutrient disalurkan kepada bunga menyebabkan bebawang mengecut.

Selalunya bunga bawang akan muncul selepas 21 hari percambahan. Jadi boleh lah bersedia untuk potong bunga bawang ketika itu. Antara petunjuk daun tersebut adalah daun bunga bawang adalah daun lebih panjang daripada yang lain dan ia keras. Boleh potong sebelum ia jadi kumtum bunga.

IMG_3445

Buang kuntum bunga bawang kerana ia membazirkan nutrien bawang sahaja.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Bawang merah sukar diserang perosak kerana baunya yang tak disukai serangga. Sangat sesuai dijadikan tanaman penghalau (repellent crop).

Penyakit seperti bebawang lembik akibat serangan fungus. Elakkan tanam bawang di tanah yang menyimpan air (tanah gambut) ataupun pada musim hujan.

Rendam dengan thiram 10 minit sebelum tanam pada batas.
Penuaian

Bawang boleh dituai setelah hampir semua daunnya rebah (35-45 hari selepas bawang bercambah). Seeloknya tuai 2-3 hari tak hujan bagi memastikan bebawang benar-benar kering dan mudah disimpan nanti. Jika cuaca lembab boleh menyebab bebawang diserang fungus nanti.

image

image
Daun bawang rebah tanda sudah masanya menuai
image
Hasil tuaian bawang

Cara tuaian: tarik bebawang dari tanah dan potong daun yang mati itu.

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!