Oreo cupcake

UNTUK TEMPAHAN

  • RM2.50 / pc
  • miminum order: 100 pcs

BAHAN BAHAN (12 biji cupcakes)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan tepung naik sendiri
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan butter  (suhu bilik)
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu segar
8 keping sandwiched Oreo – dihancurkan kasar

frosting
100g cream cheese
200g non-dairy whipping cream
4sudu besar gula kastor

 

CARA CARA

1. Ayakkan serbuk koko, tepung naik sendiri dan garam. Ketepikan,
2. Didalam mangkuk, masukkan butter dan gula. Pukul sehingga kembang dan pucat. Kemudian, masukkan telur satu demi satu sambil pukul sebati.Kemudian, masukkan esen vanilla dan pukul rata.
3. Masukkan 1/3 adunan yang diayak tadi kedalam adunan mentega. Pukul rata. Kemudian, masukkan separuh susu dan pukul rata. Ulang step ini selang seli dengan adunan susu dan tepung. Langkah ini hendaklah diakhiri dengan adunan tepung ya.  Pukul sekadar sebati sahaja.
4. Masukkan oreo yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Masukkan kedalam cawan yang hendak dibakar 3/4 penuh. Isi sehingga habis. Bakar didalam oven 180c selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu barulah difrostingkan.

frosting
1. Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati. Kemudian, tuangkan whipping cream dan pukul sehingga kembang. Sedia untuk dihias diatas cupcake.