Rahsia Ibu Hamil Sentiasa Ceria dengan Kulit Cantik





Apa yang kita nak semasa hamil? Salah satu keinginan semasa hamil ialah nak bagi kulit cantik , cergas bertenaga walaupun berat badan semakin bertambah kan?

Berikut, ada tips untuk kekal cergas dan sihat, kurang morning sickness ketika hamil, bertenaga dan miliki kulit yang cantik sepanjang tempoh kehamilan.

Tipsnya senang sahaja iaitu amalkan makan 5 buah-buahan ini.
Tak dapat dinafikan bahawa mood, emosi kita sebagai ibu hamil akan ceria jika kita bertenaga, kulit licin tanpa sebarang noda. Tak hairan la kalau sesetengah ibu hamil nampak lebih cantik ketika hamil.
Buah apa yang perlu diambil?
image_84_kurma-netKurma
Kurma kaya dengna segala vitmain dan mineral seperti kalsium, besi, kalium, magnesium, vitamin A, vitmain C dan lain-lain. Ibu hamil boleh mendapat kebaikan dari segi tenaga dari khasiat buah kurma.
Kurma ni bukan sahaja baik ketika hamil tetapi juga selepas melahirkan. Kurma memberi tenaga segera kerana ianya paling pantas dihadam dan diserap kerana gula yang terdapat dalam kurma tidak perlu dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim.
Makan kurma ketika hamil juga membantu dalam sistem pembuangan kerana kandungna serat yang tinggi. InsyaaAllah wanita hamil yang mengamalkan makan kurma akan mudah bersalin.
Apricot-Fruit-and-Jam-HD-Wallpapers
Aprikot
Masalah penuaan awal dapat dicegah dengan amalan makan buah aprikot kerana khasiatnya dalam membina kolagen dalam badan.
imagesj
Pisang
Pisang kaya dengna kandungan vitamin dan kalium yang memberi banyak kelebihan untuk mengelakkan selulit kepada ibu hamil.
Pisang juga kaya dengan asid folat untuk untuk pembentukan otak dan sumsum tulang belakang. Pisang juga mengandung vitamin C yang sangat diperlukan untuk pembentukan pembuluh darah, gusi, tulang dan kulit.
Bagi ibu hamil yang mengalami morning sickness dapat boleh makan pisang untuk membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual.
Various Benefits of Red Dragon Fruit1
Buah Naga
Buah naga kaya dengan antioksidan dan vitamin B3 yang banyak memberi manfaat untuk melembapkan kulit sepanjang tempoh kehamilan.
Watermelon-In-Water-wide-lTembikai
Dikenali sebagai buah yang banyak air dan dipercayai banyak membantu ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness seterusnya mengelakkan dehidrasi.
Selain buah-buahan, ibu hamil juga perlu variasikan dengan sayur-sayuran yang sangat baik untuk kesihatan ibu dan anak. Fiber yang terdapat dalam buah dan sayur membantu mengelakkan masalah sembelit di kalangan ibu hamil. Kunci utama pemilihan buah dan sayur semasa hamil adalah beta carotene yg mana penting utk fungsi saraf, penglihatan dan pembentukan sel serta tisu bayi.
Pastikan anda amalkan makan kelima-lima buah ini.-Eellee Beauty

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!