‘Tiada Lagi Mizz Nina Yang Lama’ @ Shout! Awards 2013

Suka kami kongsikan satu artikel yang menarik yg dipetik dari akhbar Kosmo Hiburan Malaysia, setelah beberapa minggu penghijrahan Mizz Nina untuk ratapan kita bersama, khususnya peminat-peminat setia Mizz Nina.

spm-2011PULANG daripada menunaikan ibadah haji pada hujung bulan Oktober lalu, perubahan mendadak penyanyi urban Mizz Nina mencuri tumpuan khalayak.

Bukan saja imej baharu dengan menutup aurat dan bertudung, hijrah Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 33, turut merangkumi aspek muzik dan karier seninya.

“Selepas ini, tiada lagi Mizz Nina yang lama, daripada segi muzik dan lagu-lagu saya semuanya akan berubah. Saya akan tinggalkan terus dunia muzik yang lama dan bermula semula dengan arah baharu.

“Insya-Allah, pada tahun depan saya akan menghasilkan sebuah single baharu yang lebih bersifat kerohanian dan menyampaikan mesej tersirat pada masa sama.

“Tapi buat masa sekarang saya perlu fokus untuk diri sendiri dulu dan berehat seketika daripada dunia seni,” ujarnya yang ditemui ketika acara Shout! Awards di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Nina, kehidupan peribadinya masih sama seperti dahulu dan dia enggan menjadi hipokrit selepas diberikan hidayah dan peluang untuk melakukan penghijrahan terbesar dalam hidupnya kali ini.

“Hidup saya masih sama tiada apa yang berubah cuma sekarang saya rasa lebih gembira dan bebas. Alhamdulillah saya bersyukur atas penghijrahan ini dan apabila mendapat seruan untuk menunaikan haji di Tanah Suci Mekah, nikmat itu tidak tergambar oleh kata-kata.

“Tambahan, saya dapat menunaikan haji bersama suami dan keluarga saya bersama-sama yang telah lama saya idamkan, tidak seperti kawan-kawan saya yang lain terpaksa pergi berasingan.

“Apabila dapat berdua-duaan dengan suami menunaikan haji di Mekah, saya rasa bahagia dan sangat direstui. Lagipun, sudah lama saya ingin untuk menunaikan haji,” kata Nina.

Tudung

Ditanya apakah antara doa yang dipanjatkan sepanjang mengerjakan ibadah rukun Islam kelima itu, jawab Nina, dia berdoa agar dipercepatkan rezeki untuk memperoleh zuriat setelah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Noh Salleh.

“Setiap pasangan akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan rumah tangga dan kebaikan dalam kehidupan, bukan saya berdoa untuk dikurniakan zuriat semata-mata.

“Insya-Allah, sekarang pun kami masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, ada rezeki adalah,” tambahnya.

Memilih keputusan untuk bertudung ujar Nina banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sekelilingnya. Ada antara sahabat karibnya memperkenal dan mendekatkan Nina dengan hijab sebelum menunaikan haji lagi.

“Keluarga saya sudah lama mengetahui hasrat saya untuk bertudung dan Alhamdulillah mereka menyokong saya dan gembira atas pilihan ini. Suami pun lebih sayang!

“Ini semua satu pengorbanan untuk menjadi diri saya yang lebih baik daripada sebelum ini dan bertudung adalah perkara yang lahir daripada hati secara ikhlas untuk melakukannya,” kata Nina yang masih mencari-cari imej terkini yang sesuai dengan dirinya.

Pernah suatu ketika, Nina meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi pop antarabangsa Rihanna sebelum ini dan ketika diajukan soalan bagaimanakah dia akan meneruskan niat itu, Nina terdiam seketika.

“Selepas ini tidak akan ada lagi sebarang kolaborasi dengan artis luar atau klip video seperti sebelum ini. Sekarang adalah Mizz Nina baharu, saya tidak menyesal dan yakin dengan pilihan ini!” ulasnya.

Noh Tidak Paksa

Berkongsi pengalaman menunaikan haji baru-baru ini, kata Noh, dia bersyukur diberikan peluang untuk melengkapkan rukun Islam kelima pada tahun ini.

“Sebelum ini saya dan Nina pernah berbincang dan merancang untuk menunaikan haji tapi atas kesibukan kerja masing-masing, hasrat itu terpaksa ‘ditangguhkan’ seketika sehingga ke tahun depan pada asalnya.

“Tapi perjalanan kali ini Alhamdulillah dipermudahkan Allah dan memang niat kami untuk menunaikan haji sebelum dapat cahaya mata,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman menarik sepanjang menunaikan haji, cerita Noh, momen ketika berkhemah di Mina sebelum melontar Jamrah Aqabah adalah detik terindah sepanjang di Mekah.”Perasaan ketika itu sebak dan rasa lain macam, pada masa sama rasa begitu hiba dan penuh syukur. Selain itu, ketika wukuf di Padang Arafah juga antara detik-detik yang tidak dapat saya lupakan sepanjang menunaikan haji,” kata Noh.Sementara itu, vokalis band Hujan itu mula menyedari perubahan isterinya sekitar tiga bulan lalu apabila Nina semakin kerap mengajaknya untuk mengaji Al-Quran bersama-sama.”Hidupnya berubah 360 darjah dan lebih cenderung untuk mendalami ilmu agama Islam tanpa sebarang paksaan daripada sesiapa melainkan kehendak dirinya sendiri.”Mula-mula dia sering mengajak saya untuk mengaji al-Quran bersama-sama dan mengejutkan saya bangun awal-awal pagi untuk menunaikan solat Subuh. Apabila keluarga menyatakan hasrat untuk menunaikan haji di Mekah, perasaan terujanya tambah berkobar-kobar.”Saya tidak memaksa Nina untuk berhijrah kerana dia sendiri boleh berfikir baik dan buruknya, Nina juga seorang yang bijak dan tidak perlu disuruh untuk melakukan sesuatu malah kalau ada sebarang ketidakpuasan hati, dia sendiri yang akan suarakan,” ujarnya yang bakal merakamkan single bersifat kerohanian bersama Nina tidak lama lagi.

Kindly E-mail Us Your Inquiries with Details + Estimated Budget to spmodels.entertainment@gmail.com For An Urgent Response! We Will Get Back To You ASAP!