PENJAGAAN KUKU KANAK KANAK

KEBERSIHAN DAN PENJAGAAN DIRI KANAK-KANAK TERUTAMA PENJAGAAN KUKU.

image

Selain dari pemakanan kebersihan dan penjagaan diri juga adalah penting daam menjamin agar kesihatan kanak-kanak dapat dikekalkan. Istilah kebersihan ini merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, kuku, rambut, mata, telinga dan sebagainya. Penjagaan kebersihan diri ini akan menjamin kesihatan dan penampilan bagi seseorang kanak-kanak. Kebersihan ini dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan sosial seseorang kanak-kanak.
Kebersihan personal dan tabiat yang sihat.
Pada peringkat ini didiklah kanak-kanak cara-cara menjaga kebersihan diri mereka dengan betul. Sentiasalah mengigatkan mereka betapa pentingnya kebersihan diri bagi menjamin kesihatan yang berpanjangan. Antara lain perkara yang perlu dititikberatkan ke atas kanak-kanak ialah

• Sentiasa memakai pakaian yang bersih, kering dan selesa.

• Mencuci tangan dengan sabun stelah pergi ke tandas.

• Sentiasa mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Pastikan tangan bersih sebelum memegang makanan untuk mengelakkan keracunan makanan.

• Galakkan kanak-kanak untuk tidur awal dan bangun awal diwaktu pagi. Larang mereka dari tidur sehingga lewat malam kerana ini boleh menganggu kesihatan kanak-kanak.

• Sentiasa pastikan peralatan yang digunakan adalah bersih.

• Ajar mereka untuk menyidai tuala yang basah di tempat kering, mengasingkan pakaian basah dari bilik tiur dan memberus gigi sebelum tidur malam.

• Memakai kasut ketika hendak berjalan di kawasan luar rumah untuk mengelakkan kaki terluka da sbagainya.

• Kuku hendalah dipotong sekurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada kotoran tersimpan di dalam kuku.

Penjagaan kuku
Kuku juga merupakan satu lagi elemen yg terlibat dalam kesihatan diri kanak-kanak. Kanak-kanak prasekolah yang aktif banyak melakukan pergerakan dan mereka suka meneroka. Kuku merupakan satu komponen tubuh badan yang terlibat sama dalam pergerakan dan perbuatan kanak-kanak. Justeru itu penjagaan kuku seharusnya diberi perhatian utama oleh kanak-kanak. Mungkin bagi kanak-kanak prasekolah mereka kurang memahami untuk menjaga kebersihan kuku disebabkan kefahaman mereka yang masih rendah justeru itu peranan guru prasekolah amat penting bagi menerangkan kepada kanak-kanak tentang pentingnya menjaga kebersihan kuku.
Amalan rutin kesihatan penjagaan kuku boleh dilakukan oleh guru setiap hari dengan memeriksa kuku kanak-kanak sebelum memulakan sesi pembelajaran. Guru harus memastikan kuku kanak-kanak sentiasa pendek dan bersih. Guru boleh mengajar kanak-kanak untuk memotong kuku dengan betul. Guru juga perlu menerangkan kepada kanak-kanak kesan-kesan buruk akibat kuku yang panjang dan tidak dibersihkan. Fahamkan kanak-kanak dengan kesan kesihatan diri akibat tidak menjaga kebersihan kuku tangan