Nak Dapatkan Pokok Bangun-Bangun / Ati-Ati Merah / Hijau? Tak Mahalpun!
Hubungi Kami Sekarang!
** Hubungi kami sekarang untuk harga runcit & borong semasa untuk anak pokok. Harga bergantung kepada saiz pokok, dan stok adalah terhad.
Pengenalan
- Nama Tempatan: Bangun-bangun
- Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus
- Nama Lain: Ati-ati hijau, allspice
- Famili: Labiatae
- Lokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam
Nama saintifiknya Plectranthus amboinensis dari keluarga Labiate. Pada setengah tempat bangun-bangun dipanggil sebagai pokok ketumbar (bukan Cariandrum sativum). Daunnya tebal seperti daun ati-ati, di mana kedua belah permukaannya kesat serta berbulu dan jika diramas mengeluarkan aruma yang wangi dan berangin.
Batangnya lembut berwarna hijau muda dan mudah melendut ke tanah. Daunnya terbit disepanjang batang dan di pangkal daun pula akan tumbuh cabang-cabang kecil menjadikan pokok ini mudah merimbun. Ia mudah hidup dengan hanya memetik batangnya untuk tujuan baka.
Renek herba sederhana boleh tumbuh setinggi 1.2m. Batang berair, bersegi empat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, bersaiz sederhana besar, berbentuk bujur dengan hujung meruncing, lebar di bahagian bawah, tepi bergerigi sederhana besar, tebal, bertangkai sederhana panjang, tersusun bersetentangan dan mempunyai aroma yang kuat menyerupai bau jintan hitam. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan.
Keterangan
Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan.Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam.
Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun.Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Kegunaan
Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk,mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis.
Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawr gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.
Khasiat
Bangun-bangun mengandungi air, gula, karbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil.
Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.
Membantu mengubati Batuk, Asma atau Sakit Kepala. caranya rebuskan dulu daun bangun bangun ini untuk mendapatkan ekstraknya sebelum diminum sebagi jus atau tonik. Orang yang pitam juga boleh dikejutkan dengan menyuakan ramasan daun tadi kepada mereka.
Antara khasiat daun bangun-bangun
- Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum setelah suam.
- Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam. Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh.
- Bagi sakit kepala, ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit. Bagi menyedarkan orang yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
- Bagi penawar untuk gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit.
- Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.
- Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan
Penanaman
Pokok bangun-bangun mudah ditanam dengan batang atau biji benihnya. Ia tahan lasak dan kurang perosak dan penyakit menyerangnya.Pokok Bangun-bangun (Plectranthus amboinicus) perlu dipangkas selalu untuk menghasilkan tanaman yang subur. Kalau dibiarkan tanpa dituai pokok akan menjadi terlalu tinggi dan renggeh.
Nak Dapatkan Pokok Ati-Ati Merah / Hijau? Tak Mahalpun!
Hubungi Kami Sekarang!
** Hubungi kami sekarang untuk harga runcit & borong semasa untuk anak pokok. Harga bergantung kepada saiz pokok, dan stok adalah terhad.