Halia Bara Kering





Manfaat khasiat halia bara diguna dalam amalan penjagaan kesihatan tradisional Melayu. Halia bara menjadi ramuan penting di dalam masakan untuk menyedapkan rasa makanan, selain kebaikan perubatan. Halia bara juga dipanggil halia merah, halia udang atau di Indonesia dikenali halia emprit.

Halia bara hampir sama dengan halia biasa. Terdapat ciri-ciri tertentu untuk mengenali halia bara. Halia bara mempunyai saiz umbisi lebih kecil, berwarna kemerahan (merah tua) dan bau yang lebih kuat. Saiz daun lebih kecil dengan bahagian hujung yang meruncing.

Halia bara sama seperti pokok halia biasa yang mempunyai bentuk berumpun. Ketinggiannya antara 15-30 cm dari paras tanah bergantung kepada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman.

Batang halia keluar dari perdu pokok dan mempunyai batang yang sederhana lembut naik menegak ke atas dengan beberapa helai pelepah daun. Halia ini memiliki rizom bersaiz kecil daripada halia biasa dan berwarna kemerahan.

Rizom berwarna merah dengan isi kekuningan dan memang terasa lebih pedas. Keunikan rasa pedas ini membezakan dengan halia biasa dan menjadikan ia amat sesuai digunakan oleh pengamal perubatan.

Penanaman halia bara lazimnya adalah daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunyai mata tunas. Ia boleh ditanam di atas batas atau dalam pasu atau polibeg.

Antara khasiat halia bara adalah seperti kegunaanya di dalam mengubati penyakit kulit seperti panau dan kurap. Selain itu khasiatnya adalah seperti ia mampu juga menghilangkan tompok-tompok panau dengan mujarab.

Halia bara juga mampu menghilangkan kelumumur pada rambut serta merawat untuk menghilangkan rasa sengal-sengal otot serta sendi urat saraf.

Halia bara juga didapati dapat menghilangkan batuk, meredakan demam malaria, didakwa dapat membantu menghilangkan masaalah penyakit gout dan juga merawat penyakit resdung. Ia juga mampu meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Dalam temuan lain dinyatakan bahawa halia bara mampu melembutkan perut serta membantu di dalam proses penghadaman makanan.

Seperti air minuman halia biasa, minuman halia bara juga mampu mengeluarkan angin dari dalam tubuh setelah meminumnya seperti ‘air sarbat halia bara’.

Ramai penduduk kampung dan orang asli yang menggunakan halia bara untuk merawat kesan gatal gigitan serangga. Selain itu ia melegakan demam dan kadang-kadang digunakan sebagai bahan untuk rawatan ibu selepas bersalin.

Pengganti Viagra

Tanpa melalui proses sintetis, halia bara sememangnya telah kaya dengan kandungan kimia, seperti unsur 1, 8 cineole yang berperan mengatasi ejakulasi pramatang, sementara anestetik antikholinesterase mampu merangsang aktiviti saraf pusat dan merangsang ereksi. Selain merangsang ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat daya tahan sperma. Unsur farnesal yang terkandung dalam halia merah juga mampu mencegah proses penuaan kerana ia berperan merangsang regenerasi sel kulit.

Untuk menambah gairah seksual, anda dapat mencampur jahe dengan lengkuas, mengkudu, lada, telur ayam kampung dan sedikit garam. Caranya: tumbuk halus lengkuas, halia merah dan lada. Kemudian air perahan buah mengkudu masak ditambahkan pada air rebusan. Setelah itu, campuran ini ditapis hingga menjadi satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian kacau hingga sebati.

Segelas ramuan ini kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan sebiji kuning telur ayam kampung, kemudian kacau hingga sebati dan ramuan ini sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu boleh juga ditambahkan dengan madu lebah.

Terdapat pengusaha yang telah menyediakan produk ‘ramuan khas’ kepada pengguna yang memerlukan ‘viagra halia bara’ bagi mereka yang menghadapi masalahan kesihatan berkenaan seksual seperti meningkatkan ghairah seksual, masalah kesuburan dan mati pucuk.

Khasiat halia bara adalah seperti berikut:

  •  Melembutkan perut
  •  Membantu penghadaman makanan
  •  Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
  •  Merawat kesan gatal gigitan serangga  Melegakan demam
  •  Merawat resdung
  •  Mengurangkan sengal-sengal sendi Tenaga batin
  •  Rawatan selepas bersalin

WhatsApp Kami Di +60 11-5771 7870 Atau Klik Di Sini Untuk Respon Yang Segera. Ruangan Komen Dibawah Hanyalah Sekadar Ruangan Perkongsian Ilmu. Terima Kasih!