‘Tiada Lagi Mizz Nina Yang Lama’ @ Shout! Awards 2013

Suka kami kongsikan satu artikel yang menarik yg dipetik dari akhbar Kosmo Hiburan Malaysia, setelah beberapa minggu penghijrahan Mizz Nina untuk ratapan kita bersama, khususnya peminat-peminat setia Mizz Nina.

spm-2011PULANG daripada menunaikan ibadah haji pada hujung bulan Oktober lalu, perubahan mendadak penyanyi urban Mizz Nina mencuri tumpuan khalayak.

Bukan saja imej baharu dengan menutup aurat dan bertudung, hijrah Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 33, turut merangkumi aspek muzik dan karier seninya.

“Selepas ini, tiada lagi Mizz Nina yang lama, daripada segi muzik dan lagu-lagu saya semuanya akan berubah. Saya akan tinggalkan terus dunia muzik yang lama dan bermula semula dengan arah baharu.

“Insya-Allah, pada tahun depan saya akan menghasilkan sebuah single baharu yang lebih bersifat kerohanian dan menyampaikan mesej tersirat pada masa sama.

“Tapi buat masa sekarang saya perlu fokus untuk diri sendiri dulu dan berehat seketika daripada dunia seni,” ujarnya yang ditemui ketika acara Shout! Awards di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Nina, kehidupan peribadinya masih sama seperti dahulu dan dia enggan menjadi hipokrit selepas diberikan hidayah dan peluang untuk melakukan penghijrahan terbesar dalam hidupnya kali ini.

“Hidup saya masih sama tiada apa yang berubah cuma sekarang saya rasa lebih gembira dan bebas. Alhamdulillah saya bersyukur atas penghijrahan ini dan apabila mendapat seruan untuk menunaikan haji di Tanah Suci Mekah, nikmat itu tidak tergambar oleh kata-kata.

“Tambahan, saya dapat menunaikan haji bersama suami dan keluarga saya bersama-sama yang telah lama saya idamkan, tidak seperti kawan-kawan saya yang lain terpaksa pergi berasingan.

“Apabila dapat berdua-duaan dengan suami menunaikan haji di Mekah, saya rasa bahagia dan sangat direstui. Lagipun, sudah lama saya ingin untuk menunaikan haji,” kata Nina.

Tudung

Ditanya apakah antara doa yang dipanjatkan sepanjang mengerjakan ibadah rukun Islam kelima itu, jawab Nina, dia berdoa agar dipercepatkan rezeki untuk memperoleh zuriat setelah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Noh Salleh.

“Setiap pasangan akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan rumah tangga dan kebaikan dalam kehidupan, bukan saya berdoa untuk dikurniakan zuriat semata-mata.

“Insya-Allah, sekarang pun kami masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, ada rezeki adalah,” tambahnya.

Memilih keputusan untuk bertudung ujar Nina banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sekelilingnya. Ada antara sahabat karibnya memperkenal dan mendekatkan Nina dengan hijab sebelum menunaikan haji lagi.

“Keluarga saya sudah lama mengetahui hasrat saya untuk bertudung dan Alhamdulillah mereka menyokong saya dan gembira atas pilihan ini. Suami pun lebih sayang!

“Ini semua satu pengorbanan untuk menjadi diri saya yang lebih baik daripada sebelum ini dan bertudung adalah perkara yang lahir daripada hati secara ikhlas untuk melakukannya,” kata Nina yang masih mencari-cari imej terkini yang sesuai dengan dirinya.

Pernah suatu ketika, Nina meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi pop antarabangsa Rihanna sebelum ini dan ketika diajukan soalan bagaimanakah dia akan meneruskan niat itu, Nina terdiam seketika.

“Selepas ini tidak akan ada lagi sebarang kolaborasi dengan artis luar atau klip video seperti sebelum ini. Sekarang adalah Mizz Nina baharu, saya tidak menyesal dan yakin dengan pilihan ini!” ulasnya.

Noh Tidak Paksa

Berkongsi pengalaman menunaikan haji baru-baru ini, kata Noh, dia bersyukur diberikan peluang untuk melengkapkan rukun Islam kelima pada tahun ini.

“Sebelum ini saya dan Nina pernah berbincang dan merancang untuk menunaikan haji tapi atas kesibukan kerja masing-masing, hasrat itu terpaksa ‘ditangguhkan’ seketika sehingga ke tahun depan pada asalnya.

“Tapi perjalanan kali ini Alhamdulillah dipermudahkan Allah dan memang niat kami untuk menunaikan haji sebelum dapat cahaya mata,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman menarik sepanjang menunaikan haji, cerita Noh, momen ketika berkhemah di Mina sebelum melontar Jamrah Aqabah adalah detik terindah sepanjang di Mekah.”Perasaan ketika itu sebak dan rasa lain macam, pada masa sama rasa begitu hiba dan penuh syukur. Selain itu, ketika wukuf di Padang Arafah juga antara detik-detik yang tidak dapat saya lupakan sepanjang menunaikan haji,” kata Noh.Sementara itu, vokalis band Hujan itu mula menyedari perubahan isterinya sekitar tiga bulan lalu apabila Nina semakin kerap mengajaknya untuk mengaji Al-Quran bersama-sama.”Hidupnya berubah 360 darjah dan lebih cenderung untuk mendalami ilmu agama Islam tanpa sebarang paksaan daripada sesiapa melainkan kehendak dirinya sendiri.”Mula-mula dia sering mengajak saya untuk mengaji al-Quran bersama-sama dan mengejutkan saya bangun awal-awal pagi untuk menunaikan solat Subuh. Apabila keluarga menyatakan hasrat untuk menunaikan haji di Mekah, perasaan terujanya tambah berkobar-kobar.”Saya tidak memaksa Nina untuk berhijrah kerana dia sendiri boleh berfikir baik dan buruknya, Nina juga seorang yang bijak dan tidak perlu disuruh untuk melakukan sesuatu malah kalau ada sebarang ketidakpuasan hati, dia sendiri yang akan suarakan,” ujarnya yang bakal merakamkan single bersifat kerohanian bersama Nina tidak lama lagi.

Mizz Nina Bertudung Selepas Menunaikan Fardhu Haji

noh-mizz-nina-kahwin-2

By Shukri Shaharudin | Tupai

29 Okt – Penyanyi jelita Mizz Nina kini tampil berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya yang merupakan vokalis kumpulan Hujan, Noh Hujan.

Perkara ini telah disahkan oleh pengurus Mizz Nina, Joe Saiful, tetapi menjelaskan pelantun lagu “What You Waiting For” itu masih belum bersedia untuk bertemu media atau menjawab pertanyaan tentang penampilan terbarunya itu.

“Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah bertudung,” ujarnya seperti dipetik dari mStar.

Tambah pengurusnya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman sedar apabila sudah bertudung, dia haruslah menjaga imej agar bersesuaian dengan perubahannya itu.

“Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak.”

Joe Saiful turut memberitahu beberapa perubahan perlu dilakukan dalam karier muzik Mizz Nina dan berharap agar semua memahami situasinya.

Mizz Nina, 33, dan Noh Hujan, 29, telah pergi menunaikan haji pada awal Oktober lalu yang turut disertai oleh bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

mizz nina noh** Bagi yang lupa siapa Mizz Nina, berikut merupakan foto Mizz Nina dan suaminya Noh Hujan sebelum penghijrahan. Tahniah admin ucapkan atas penghijrahan ini. Semoga ianya istiqamah sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

noh mizz nina kahwin (2)

Pengiktifaran Yuna di Blog Rasmi Ryan Seacrest

yuna pengiktirafan

By Hafidah Samat | Yahoo Newsroom

DALAM diam, penyanyi dan komposer Yuna bikin panas lagi.

Terbaru, pelantun lagu Lelaki ini telah diberi lagi pengiktirafan antarabangsa apabila Ryan Seacrest memujinya di laman web rasmi hos TV dan produser Hollywood terkenal itu.

Laman blog itu menulis tentang album Inggeris terbaru Yuna berjudul Nocturnal, album kedua penyanyi itu sejak menandatangani kontrak bersama syarikat Verve Records. (Album pertama penyanyi itu berjudul, Yuna diedarkan pada April tahun lalu.)

Menurut Seacrest di blognya, “Nocturnal is a strong sophomore effort, full of smooth indie pop production seamlessly paired with Yuna’s angelic voice.” (Nocturnal merupakan album kedua yang cukup unggul dan padat dengan produksi pop indie bersesuaian dengan kelembutan suara Yuna.”)

Antara selebriti dari benua Asia yang pernah mendapat pengiktirafan di laman rasmi Seacrest ini termasuk artis kelahiran Filipina, Charice.

Memuatkan 11 buah lagu,  ‘Nocturnal’ turut mendapat sentuhan Yuna sendiri sebagai penulis lirik dan komposer selain menyaksikan kolaborasinya dengan ramai lagi penerbit terkenal dari Amerika Syarikat.
Nocturnal mengetengahkan konsep pop organic, R&B soul dan akustik. Yuna turut melancarkan single pertama dari album tersebut berjudul Falling yang diterbitkan oleh komposer terkenal Robin Hannibal.

‘Nocturnal’ bakal diedarkan di Ameika pada Oktober 29.

Bintang penghibur berusia 27 tahun itu mula menyinar di Amerika pada tahun 2012 dan muziknya telah berjaya mendapat pengiktirafan di negara Uncle Sam itu apabila majalah hiburan terkenal, Rolling Stone melabelnya “bintang yang bakal menyinar”.

Satu demi satu pengiktirafan mula mengejar Yuna. Akhbar The New York Times menyifatkan karyanya “sangat segar” dan menyuntik pembaharuan dan “edge” terhadap lanskap muzik di negara berkenaan.

Pada bulan September lalu, Yuna telah menjayakan persembahan bertenaga selama beberapa malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Persembahan bertenaganya itu menampilkan Yuna sebagai “a wholesome entertainer” dan boleh dijadikan sebagai testimoni perjalanan kariernya berjalan semakin lancar di peringkat tanahair dan antarabangsa.

Tahniah Abby & Farhan

 

abby4Tahniah buat Abby dan Farhan. Semoga hubungan kalian kekal ke akhir hayat.

** Berita perkahwinan senyap-senyap Abby Abadi cukup membuatkan admin kagum dengannya. Nampaknya, bekas isteri Norman Hakim ini tidak mahu meraih populariti murahan seperti beberapa artis ternama lain dengan memberitahu satu dunia yang dia akan berkahwin. Lebih menarik, suaminya juga turut tenang dan sporting.

Biodata suami pelakon Abby Abadi

Nama Penuh : Muhammad Noor Farhan Che Bakar

Umur : 24 Tahun

Asal : Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan

Pekerjaan : Pembantu Kedai Butik

Tarikh Berkahwin : 9 Julai 2013

Tarikh Majlis Resepsi : 31 Ogos 2013

Tempat Berkenalan : Sebuah Pasar Raya

Tempoh Berkenalan : 2 Minggu

_________________________________________________________________

** Sumber: Poruman

 

Ressa Herlambang: Rilis Album Ketiga & Konsistensi

Ressa-Herlambang

Category: Music
Genre: Pop
Artist: Ressa Herlambang

KONSISTENSI? Entahlah, tapi melihat kiprah seorang seorang Ressa Herlembang, mau tidak mau, kata itu perlu dikedepankan. Apa pasal? Sejak pemunculannya di Asia Bagus pertengahan 90-an, Ressa seolah ingin menahbiskan dirinya, konsisten di jalur musik.

Continue reading “Ressa Herlambang: Rilis Album Ketiga & Konsistensi”