Browse By

Sixth Sense

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=Dkj3G5rjees]

Latar Belakang

Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Mohd Faiz Azizi (Gjie) selaku pemain gitar utama, Safuan Hasnan (Wan) selaku pemain drum, Muhd Azmi (Air Bone) selaku pemain gitar kedua (yang kemudiannya digantikan dengan Athan), Mohd Fairuz (Ayoy) selaku pemain bass dan Adi Priyo Sambodo (Adi) selaku vokalis. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama dengan gabungan pemuzik Malaysia dan Indonesia.

Kumpulan ini menamakan diri mereka “Sixth Sense” kerana berkebolehan menggunakan panca deria untuk menjiwai serta mencipta muzik. 6ixth Sense yakin dapat bersaing dengan mana-mana kumpulan muzik ketika ini. Melihat pada pencapaian mereka, jelas terbukti mereka boleh memberikan impak kepada perkembangan muzik tanahair.

Mereka memulakan kerjaya seni sebagai sebuah kugiran yang bermain di majlis perkahwinan. Setelah mendapat tempat di hati peminat, 6ixth Sense telah dilamar menjadi artis rakaman pada tahun 2005 walaupun industri muzik tempatan ketika itu diuliti dengan pelbagai masalah seperti cetak rompak dan kemasukkan artis-artis luar negara yang banyak.

Di awal penubuhan, salah seorang pemuzik dari Indonesia telah mencadangkan nama pemuda Indonesia, Adi Priyo Sambodo yang kepada pengurus 6ixth Sense, Mujahid Abdul Wahab. Setelah berjaya menunjukkan kebolehan vokalnya, Adi diterbangkan dari Indonesia ke Malaysia untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi utama 6ixth Sense.

Lebih 5,000 buah album telah terjual setelah album ini dilancarkan pada 2 Jun 2006. Kumpulan yang mempertaruhkan lagu yang pernah dipopularkan oleh J. Mizan pada era 70an, ‘Hari Ini Dan Semalam’ sebagai single pertama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada stesen-stesen radio tempatan. Malah, lagu tersebut pernah mendapat tempat kedua di Carta Era selama beberapa minggu. Terdapat 11 buah lagu di dalam album ini seperti termasuk ‘Maafkanku’, ‘Berjanjilah’, ‘Seandainya’, ‘Mama Papa’, ‘Pesona’ dan ‘Pawana’.

Syarikat rakaman mereka, Universal Music percaya bahawa kumpulan tersebut dapat diterima oleh peminat muzik Indonesia berdasarkan adanya Adi sebagai vokalis utama serta konsep kumpulan tersebut iaitu progresif pop-rock.

Ahli Sekarang

  • Adi (penyanyi utama)

Adi Priyo Sambodo merupakan penyanyi utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Jember, Indonesia. Beliau lahir pada 1 Oktober 1983. Antara lagu ciptaanya adalah seperti Khatinmah Cinta dan Hikayat Cinta.

* Gjie (pemain gitar)

Mohd Faiz Azizi Arlis merupakan gitaris utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 23 November 1985. Antara lagu yang diciptanya adalah seperti Tanpa, Maafkanku dan Kelam

  • Athan (pemain gitar)

Shahrul Effendy merupakan ahli terbaru 6ixth Sense yang menggantikan Airbone di posisi gitar kedua. Beliau menggantikan Airbone sejak Airbone menyatakan hasratnya untuk menarik diri selepas penghasilan album kedua mereka. Dikhabarkan Atan akan bersama 6ixth Sense untuk album ketiga dan seterusnya nanti. Atan yang sebelum ini memang telah lama mengenali anggota 6ixth Sense dan sentiasa mengikuti persembahan kumpulan itu mengakui tidak mempunyai masalah untuk menyerasikan diri dalam kumpulan tersebut malah mereka telah berkawan rapat.

  • Wan (pemain dram)

Mohd Safwan Hasnan merupakan pemain dram 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 25 April 1987. Antara lagu yang diciptanya adalah Tak Bisa Memilihmu dan Tanpa

  • Ayoy (pemain bass)

Mohd Fairos Ramli merupakan pemain bass 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 31 Julai 1985.

Bekas Ahli

  • Airbone (pemain gitar)

Mohd Azmi Yahaya merupakan bekas pemain gitar 6ixth Sense. Beliau berasal Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 15 Disember 1985. Beliau telah menyatakan hasrat untuk menarik diri sebaik mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Tempat yang dikosongkan oleh Airbone kini diganti oleh ahli baru iaitu Shahrul Effendy atau lebih mesra dikenali sebagai Atan.

Diskografi

  • Hari Ini (2006)

Album pertama dari 6ixth Sense. Album ini mengandungi 11 lagu dan mempertaruhkan dua single. Single pertama 6ixth Sense yang berjudul Hari Ini Dan Semalam mendapat sambutan yang hebat dan sering dipuatar di corong-corong radio. Single kedua mereka bertajuk Maafkanku turut mendapat sambutan yang memberangsangkan. Antara lain-lain lagu yang terdapat dalam album ini adalah Cintailah Aku Seadanya, Hikayat Cinta, Seteguh Karang.

  • 6ixth Sense (2007)

Album kedua dari 6ixth Sense. Album ini lebih unik berbanding album pertama kerana kesemua dalam lagu dalam album ini dicipta sendiri oleh anggota kumpulan 6ixth Sense. Album ini mempertaruhkan 2 single. Single pertama mereka iaitu Tak Bisa Memilihmu mendapat sambutan hangat sama seperti lagu Hari Ini Dan Semalam. Tak Bisa Memilihmu juga dijadikan novel berdasarkan lagu tersebut. Single kedua untuk album ini iaitu Tanpa turut mendapat sambutan yang hebat sehingga berjaya mendapat anugerah ‘Lagu Paling Popular Hits 1 (2008)’. Lagu Tanpa juga berjaya tercalon ke dalam muzik-muzik separuh akhir namun tidak berjaya dicalonkan di peringkat akhir. Kedua-dua single di dalam album ini juga mendapat sambutan yang luar biasa melalui muat turun digital. Antara lain-lain lagu yang terdapat dalam album ini adalah Kelam, Cinta Sejati, Hikayat Cinta II, Rayuan Gombal, Long Distance.

  • Cinta Yang Sempurna (2008)

Cinta Yang Sempurna merupakan single khas 6ixth Sense bersempena dengan bulan Ramadhan. Melalui single ini, 6ixth Sense bekolaborasi dengan Noe dari kumpulan Letto. Lagu berkonsepkan ketuhanan ini dicipta sepenuhnya oleh Noe dan susunan muzik oleh 6ixth Sense. Noe juga berduet dengan Adi di dalam Single ini. Cinta Yang Sempurna mendapat sambutan yang hangat dan sering diputar di corong-corong radio di Malaysia. Cinta Yang Sempurna juga sering mendapat tempat teratas di dalam beberapa carta di beberapa stesen radio Malaysia.

  • The Legend (2009)

The Legend merupakan album 6ixth Sense yang dijadual untuk diedarkan pada tahun 2009. Namun album ini tidak dikeluarkan atas sebab-sebab yang tidak dikenal pasti. Album ini menampilkan rakaman semula lagu-lagu melayu era 80an-90an serta beberapa lagu baru.

  • +-x/ (2010)

Album ketiga dari 6ixth Sense ini telah dikeluarkan pada bulan Mei 2010. Album ini mengandungi 2 single hits terdahulu iaitu Cinta Yang Sempurna dan Khatinmah Cinta. Album ini turut mengandungi 7 lagu baru. Album ini melihatkan evolusi dari segi susunan muzik yang belum pernah ditampilkan 6ixth Sense pada album sebelumnya. Single pertama dari album ini adalah Yang Sempurnakanku yang dikeluarkan sebulan sebelum keluarnya album ini.

Pencapaian

  • Anugerah Hits 1
  • Hits 1 Musim ke 7 – Lagu Paling Popular – Tanpa
  • Gah 1 Musim ke 8 – Lagu Paling Popular – Khatimah Cinta
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian
  • Finalis Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (2009)
  • Anugerah Juara Lagu
  • Semi Finalis – Tanpa (AJL 23) & Khatimah Cinta (AJL 24)

Kindly E-mail Us Your Inquiries with Details + Estimated Budget to spmodels.entertainment@gmail.com For An Urgent Response! We Will Get Back To You ASAP!